Monday, 31 December 2012

Done Booking

Salam,....

Wah, today is last day in 2012,...huhu. Dah berlalu setahun.

Hurm,....lega sangat sekarang Ms ahjumma rasa sebab bab2 besar utk wedding dah 1/4 done. Urusan booking yg besar2 semua dah buat kelmarin.

Memang dah set dalam mind nie, pergi MEFA dekat SACC Convention Center tue memang nak setelkan bridal, kad, videographer, photographer.

Sebelum pergi MEFA tue, kami adik beradik beserta mak ayah pergi dulu masjid sebab catering yang kami nak ambil ada buat kenduri kat situ so kami dapat la buat food testing dan perbincangan sikit. Kami jumpa owner catering tu, nama nya Pn. Salmi & Pn.Rugayah. Mereka nie adik-beradik. Kami tengok la cara mereka bekerja, persiapan dewan dan sebagainya. Menariknya, lauk untuk goreng, selalunya ayam la kan,...mereka akan goreng kat situ. Layanan mereka sangatlah baik, Pn.Salmi nie kira macam pangkat mak la jugak. Ms ahjumma sebut la pasal Mr ahjussi pernah jumpa dia dulu sebelum nie, tak sangka Pn.Salmi tue ingat. Pn. Salmi cakap " ha, yg lone ranger tue, berani sungguh datang sorang2,...badan kecik je " Ms ahjumma senyum je la, sambil dalam hati cakap " kecik ke, perut besar,...hehehe " Dah tue, kami gerak la, misi mencari tempat nak makan lauk kenduri yang diberi. Ayah berhenti la kat sebuah kedai makan nie, yg Ms ahjumma nie takut, hurm,...boleh ke makan makanan luar kat sini, tapi abg E (abang) relax je la katanya, bukannya kita tak order lansung, takut sangat, tambah nya...huhuhu,...kan dah kena.

Kiranya kami lunch sekali harung la,....bila semua dah kekenyangan maka abg E pecut la pergi Shah Alam. Mak ayah pulak balik ke mahligai kami,...heee. Singgah Uitm solat dan ambil Izzah sekali. Kami sampai dekat SACC tue dalam pukul 2 lebih dah, masuk je dah mula la mata, telinga, mulut, otak berkira-kira,....banyak la pengusaha butik perkahwinan, catering, studio, kek,...macam2 lagi la, yg jual insurance, emas pun ada,...nasib Ms ahjumma bawa ramai assistant so blh la tanya pendapat mereka jugak.

Ms ahjumma jumpa first booth yg buat kad terus booking,....hehehe, Ms ahjumma tertarik dgn free gift yang mereka bagi. So, booth lain yg kad2 nie memang tak singgah dah, tutup semua deria,..hehehe. Kecilkan fokus pencarian kepada 3 perkara lagi,....bridal, jumpa yang mahal, mahal sangat,...bukan standard Ms ahjumma la,...huhuhu, mula2 singgah kat booth 'Jue Eden' dah berkenan sangat dah dengan promotion yang diberi, selangkah je lagi nak confirm,...tapi hold sebab baru singgah 1 booth lagipun Mr ahjussi tak tanya lagi,...so bangunlah Ms ahjumma drp kerusi. Jalan-jalan, banyak sangat la pulak pilihan,...huhuhu.

Yang paling Ms ahjumma teruja, Ms ahjumma jumpa videographer below RM1,000.00 untuk 2 event. Ha, apa lagi,...sangat la bersemangat nak survey dengan penuh teliti,..mana tahu jumpa lagi ke offer yang bagus2,...heee.

Setelah 1 hall kami pusing, Ms ahjumma ambil masa beberapa ketika untuk berfikir dan call Mr ahjussi b4 buat keputusan. Ting tong ting tong ting tong,.....

Finally, benda2 nie dah booking :

1) Catering - Enak Rasa Katering, Wangsa Melawati

2) Bridal - Jue Eden, Kota Damansara

3) Kad - x ingat, sekyen 2 Shah Alam

4) Photographer - Reimi I-image, _____

5) Videographer - x ingat, Wangsa Maju

Alhamdulillah, rasanya ini pemilihan yang terbaik untuk Ms ahjumma untuk masa itu,...heee.

Kritiria pemilihan Ms ajhumma antaranya adalah seperti berikut:

(a) Kos ikut bajet - ye la,...kita bukan orang senang lenang,..huhu

(b) Service - layanan yang baik, mesra dan bertimbang rasa

(c) Lokasi - senang nak pergi dan tahu nak pergi,...sbb Ms ahjumma nie problem sikit bab2 jalan nie,...heee

(d) Kualiti - mesti ikut citarasa Ms ahjumma la,...setanding la dgn harga dan sebagainya

Ms ahjumma lega dah sikit sekarang, tinggal beberapa perkara lagi belum booking dan hal2 wajib tak buat lagi,..kursus kawin pun belum,...heee

Doakan Ms ahjumma ye, dan Ms ahjumma pun doakan B2B yang lain agar dimudahkan urusan especially hal2 nak kawin nie.

TA-TI-TU

Thursday, 20 December 2012

Express la jugak,...

Salam,

Selamat lunch uolls,

Entry kali nie nak story pasal ms ahjumma dgn mr ahjussi mulakan pencarian,...

Majlis untuk menyatukan kami telah di percepatkan beberapa bulan awal, so sekarang dok kelam kabut dah buat survey sana sini itu ini,...

Kami nie kira couple yang senang jugak la, sebab cepat buat keputusan daripada beberapa pemilihan yang kami pilih, sebab mr ahjussi nie semua nak buat cepat settel katanya, tak nak pikir banyak-banyak. Ada masa ms ahjumma ikut la jugak rentak mr ahjussi tapi kadang-kadang kene jugak suruh mr ahjussi hold dulu, buat survey la buat perbandingan lagi,...heee

Nasib la kami pergi jugak sekali Festival Perkahwinan, itu pun kene paksa mr ahjussi tue,...sekali tue je la,. pastue sekarang main tengok sikit-sikit terus ok, deal,...haiya

Macam ahad baru 2 3 hari yang lepas nie, kami dah beli kotak untuk doorgift, actually doorgift ada dah la beberapa idea tapi masih ding dong ding dong, tapi masa tue kami pergi Nilai 3 (first time ms ahjumma pegi, excited la ms ahjumma rasa,...hehehe), terus ms ahjumma kene express pikir dan buat keputusan masa tue jugak,...kami masih guna idea yang ada tapi ada perubahan sikit,...hohoho, so sekarang hal doorgift dah setel la kiranya, just nak beli barangnya sahaja ^_^

Esoknya Isnin, kami pergi Jalan Tar dulu, oh yang best nya kami pergi naik tren LRT. Ms ahjumma suka sangat, tak tau pasai apa, pasai first time naik tren dengan mr ahjussi kot,...hehehe. Sampai Jalan Tar, hai, macam biasa la mata ms ahjumma nie liar je memandang,...tengok orang jual tue jual nie, pastue mula la dok berhenti pegang-pegang, dengar orang kedai memujuk, lain pulak dengan mr ahjussi, jalan straight je, focus katanya, sian mr ahjussi kena layan kerenah ms ahjumma nie,...heee. Mr ahjussi nak cari kedai baju melayu yang favorite mr ahjussi, nama kedai tue "Omar Ali", dah jumpa akhirnya,...kami pun masuk la,...cot cet cot cet punya lama, kami keluar dengan kepala masih berfikir-fikir,...kami jalan masuk kedai sebelah pulak tapi masih berfikir-fikir, akhir sekali mr ahjussi ajak pergi Jakel, untuk meneroka kain-kain pasang pulak. Lama juga kami berfikir dekat Jakel tapi akhirnya kami patah balik ke "Omar Ali" sebab ms ahjumma macam paling berkenan kain kat situ, ha,...tapi kan bila sampai balik kat situ, mr ahjussi nak tukar kaler pulak, daripada putih nak cream,...memang yang nie ms ahjumma x kan berlembut la,...ada ke nak pakai baju lain kaler,...memang tak la,...

Pastue, kami jalan kaki sama-sama ^_^ pegi SOGO pulak,...plan nak beli barang lain, lain pulak barang yang dibeli,...hohoho. Tiba-tiba ternampak la purse "lembu" dan hati ms ahjumma tertarik la sangat kat purse tue,...tapi harga yang agak not affordable so mr ahjussi pun pujuk lah ms ahjumma, nati tengok purse brand lain dan mr ahjussi kata nati kita singgah KLCC tengok handbag yang ms ahjumma pernah mintak dulu, ms ahjumma pun terima lah pujukan tue dengan hati yang girang even dalam kepala masih ingat kat purse "lembu", otw ke KLCC pun ms ahjumma pot pet pot pet pasal purse "lembu", mr ahjussi dengar kan saja ^_^

Tak disangka dekat KLCC jumpa purse "lembu" tue,...yea yea,...nak tak nak, mr ahjussi belikan juga la dengan rela tapi kene paksa sikit je,...hehehe, so handbag cancel. Untuk tunjukkan rasa tq ms ahjumma, ms ahjumma nak belanja la mr ahjussi tapi last2 x belanja pun,...heee.

Perkara paling best, jeng jeng,.. mr ahjussi bawa pegi dinner dekat SSII Munni ^_^. Menu ms ahjumma macam biasa mee raja&chicken chop, nyummy!

Tq so much mr ahjussi eh, nati kita pergi cari barang lagi dan cepat2 buat keputusan eh,...

So sekarang, jom tengok checklist barang yang dah setel dibeli :

1. Kain nikah (P)
2. Doorgift box
3. Barang hantaran - 2L & 2P
4. Baju nikah (L) - kain & tempahan

Sekarang tengok pulak timeline ms ahjumma untuk Dec 2012 nie:

1. Confirmkan barang doorgift - otw
2. Attend kursus kahwin - otw, maybe 29&30 Dec 2012
3. Confirmkan make-up, photographer, videographer, butik & catering - otw
4. Beli 1/4 barang hantaran - done
5. Tempah baju nikah - otw
6. Cari baju nikah (L) - done

Wah, banyak nya bulan nie nak kene confirmkan,...mr ahjussi pulak dok jauh, kena la jadi independent gerak sorang-sorang.

Atip fighting!

TA-TI-TU

Friday, 7 December 2012

Dinner@TheWaterLily

Salam,...

Morning uolls,...

Selamat hari jumaat uolls,...

Eh, rajin pulak ms ahjumma update blog ye,...hehehe, kali nie nak share pasal makanan jugak,...makanan itu kan satu nikmat,...Weee weee weee

Sementara ms ahjumma x ada cek yang nak kene buat, moh ms ahjumma nak tulis blog jap,...Heee heee heee

Dalam beberapa hari yang lalu, mr ahjussi bawa ms ahjumma dinner. Mr ahjussi cakap tempat makan nie best dan dia suka makanan kat situ. Namanya ialah restoran " the Waterlily ". Masuk je, rasa suasana yang sangat romantik dan cool sangat tapi restoran tue open, so terganggu la sikit dengan bunyi kenderaan dan sebagainya yang ada kat luar restoran tue,...heee. Suansana dalam restoran sangat tenang dengan hiasan lampu malap-malap, music yang slow ala-ala romantik gitu dan dekorasi hiasan dalaman ala-ala Bali,... sesuai sangat la nak bawa pasangan anda sempena anniversary ke birthday ke, bagi yang hendakkan suasana romantik dengan bajet yang sederhana boleh lah datang ke sini. 

saya di Waterlily
Ha, jom tengok menu yang kami order malam tue,...

1. Nasi campur dengan lauk-pauk



Menu nie sangat popular di kalangan pengunjung restoran Waterlily, boleh dikatakan 1/2 meja yang ada orang makan akan ada menu nie. Kuantiti lauk bagi ms ahjumma banyak, boleh share dua orang cuma minta tambah nasi je. Nasi putih@kuning dihidangkan bersama ikan, sotong, udang panggang, rendang ayam ( atau daging ), sate lilit isi ikan, sayur kangkung, kerabu kacang panjang, keropok ikan bilis dan tidak dilupakan pemanas mulut sambal terasi dan matah.

2. Catuk ??? (lupe nama daa,...)



Yang nie ms ahjumma punya order,...nyum nyum,...sedap sangat. Ms ahjumma suka makanan nie. Rasa nak makan je lagi,...nie boleh dikatakan macam ala-ala pecal kita la,...menu nie asas utamanya sayur, basic ada  sayur kangkung, kobis dan kacang panjang, ditambah dengan nasi impit, ayam yang dikukus, telur rebus, tauhu yang digoreng cukup elok, lembut di dalam rangup di luar ( dah la tauhu memang ahjumma suka,...heee), tak lupa jugak keropok ikan bilis, hidangan ini mesti dimakan dengan dengan kuah kacang, oh kuah kacang nya pun sangat la ms ahjumma suka.

3. Cumi-cumi




Nie kiranya boleh dikategorikan hidangan ringan-ringan la,...tp banyak jugak oooo, sampai ms ahjumma bawa balik la, tak abis makan,...hehehe. Ms ahjumma memang suka sangat la sotong goreng tepung nie kan, bila mr ahjussi tanya nak order ke, terus ms ahjumma angguk kepala,...heee. Selain sotong, ada bersama ubi kentang goreng. Hidangan ini didatangkan dengan tartar sos. Nyummy,...terliur la tengok,..rasa nak lagi je,...

Tak lupa juga minuman kan, ada makanan kena lah ada minuman. Ms ahjumma order air lemon honey, mr ahjussi pulak air kosong je.


Lepas dah telan semua nie, sangat la sengkak ms ahjumma rasa, puas hati dengan menu dan layanan di situ. Bila dah makan banyak tue rasa insaf lah pulak,..heee, abis lah naik berat badan, tapi sekali sekala apa salahnya tak,...heee. Sila lah berkunjung ke sana, ms ahjumma sangat recommend lah. ^_^

Oh, lupa bagitau lokasi,..nak pegi camner kan kalau x tahu tempatnya,...nie alamat nya:

The Waterlily Bistro
No.11-G, 11-1 & 11-2
Jalan Mutiara Tropicana 3,
Mutiara Tropicana, PJU 3 PJ.

TA-TI-TU





Monday, 3 December 2012

Makanan & Melaka

Salam,....

Wah, ini blog sudah bersawang,....haiya, mana tuan punyer blog yang x berapa rajin nie,...huhuhu.

Anyway, kali nie nak story sikit pasal makanan yg sedap dan yg saya x jumpa lagi la kat kL nie,...

Semalam la, saya pergi Melaka utk makan kenduri ex-classmate Uitm lepas tue jalan-jalan la kejap kat bandaraya yang bersejarah tue kan,....Melaka nie bukan la x pernah pergi, tp kali nie pergi dapat try makanan local so feeling tue best ar, ye ar,...kita nie kan kalau jalan-jalan tempat orang selain nak tengok budaya dan tempat-tempat menarik di situ, makanan juga merupakan 1 pengalaman yang mesti kita dapat dekat tempat orang, barulah  banyak memori dan lebih banyak cerita nak kongsi dgn orang, tak gitu,...eh, apa saya melalut nie,....

Jom saya perkenalkan 3 jenis makanan yang saya cuba dan anda pun perlu cuba bila pergi ke Melaka.

1. Cendol Jam Besar

Tada - ini lah cendol nyer
Ada macam - macam cendol
Ramai orang dok tunggu
Pekerja baju biru tue yg amik order saya,..heee
Saya minum nie cendol mix
2. Durian Roll

Ada dua jenis roll

Ha, siap ade thumbs up lagi

Ini la dier gerai nyer

Panas + lembut + rangup 
3. Yogurt Ice Cream - bentuk telur

Comei je + sedap

Nyum - nyum,...macam nak makan je lagi, especially durian roll tue,....nati jgn lupa eh, cuba la rasa pasti nak lagi ^_^

TA-TI-TU












Friday, 6 July 2012

My H-Day, 05 Julai 2012

Salam,...semalam genap umur saya 26 tahun, yea,....dah lebih jubli perak dah saya hidup. Alhamdulillah, saya masih di dunia ini. Hurm, tapi makin dah berusia nie rasa macam-macam kan,...hohoho. Macam-macam pikir macam-macam rasa, senang kata bermacam-macam lah,....uit, berapa kali macam daaa,...

Ha, saya nak citer kejadian semalam yang mengembirakan saya. Pagi2 sebelum pergi keje saya peluk mak,  saya ckp "terima kasih mak sebab lahirkan k.ngah",...tanpa mak & ayah memamg x wujud la saya, terima kasih mak ayah jaga anak ini dari kecik dan sampai hari ini masih menjaga anak ini, terima kasih kerana bertahan dengan perangai anak ini yang banyak songeh sengal kadang-kadang tue, terima kasih kerana memahami perasaan anak ini dan terima kasih kerana sentiasa ada untuk anak ini dalam setiap keadaan.

Lepas tue, macam biase kewajipan harian saya pergi bekerja mencari rezeki,...hoho. Sampai ofis, keje macam biasa, busy macam x berapa nak biasa,...saya ingat kawan2 ofis memang x ingat hari nie H-Day saya, lebih2 lagi bila sorang insan nie Baini cakap dia lupa,...hurm,..dalam hati saya berbisik "x pe la,..mereka x ingat, sbb selalu hadiah dpt pagi2 cam nie,...huhu",...bila dah nak lunch hour bos saya belanja lunch, nasi ayam,..wah, masa tue hati saya dah berbunga gembira, xpe la xde hadiah tapi ade orang belanja makan,...hohoho, suke,...^_^

Masa nak makan, dah siap dok elok bersila,...Jeng Jeng Jeng,...Kak Nini dan Izy dtg dgn kek pastue Baini bagi hadiah,...WAH,....YEA YEA YEA,....SUKE SUKE SUKE,....surprise,...saya sgt gembira + terharu + teruja + seronok,...kek american choc,....oh memamg kegemaran saya, handbag memang saya nak n kene sungguh dengan citarasa saya,...hohohoho. Maka makan lah kami tengahari dengan hati yang suka hati,...lalalala~~~

Terima kasih kawan-kawan ofis saya, terutama Kak Ana, Kak Nini, Izy, Baini dan Nana, untuk lunch, kek dan hadiah. Tak tahu nak bagitau macammana tapi saya sangat suke dan gembira,....saya sayang anda semua,...^_^

Petang tue, jumpa kawan baik saya pulak, Zhaf dan Zidah,....kitaorang dinner dekat restoran nasi ayam,..ape name x sure,...hehehe. Seronok dapat dinner sama-sama dengan orang yang kita rapat dan sayang kan,...thanks kawan kerana sentiase ada untuk kawan ini setiap masa yg diperlukan, moge ukhwah kita makin kuat dan berkekalan,...^_^

Itu saje la kejadian yg jadi semalam, xde yang luar biase pun,..tapi sangat bermakna untuk saya, dan dah menjadi sebahagian daripada memori hidup saya. Oh, tapi kegembiraan saya semalam ada menyebabkan seseorang berkecil hati dgn saya, sorry eh, nati saya tebus balik dgn bagi kegembiraan saya nie kat awak, minggu depan k,...^_^

wajah-wajah saya sepanjang tahun 2012, Jan - July 5

saya dengan mak

saya dengan team account

TA-TI-TU

Sunday, 1 April 2012

Cukup sekadar sekali,...=)

Haiyo,....saya sepatunya time macam nie tengah di alam mimpi lagi tapi,...hurm,...berjaga la pulak,...ingat nak buat keje sikit tapi rasa x rajin pulak tapi rasa rajin nak tulis kat sini,..banyak sangat aih tapi2 awak nie cik atip,...

Sebenarnya saya nak share pengalaman saya pegi konsert la lebih kurangkan. Baru-baru nie my bf zhaf dapat tiket free sebab beli barang petronas, dia beli t-shirt dan cap jumlahnya RM160.00 maka dengan itu dapatlah tiket free tengok 'Twin Tower Live 2012'.  Zhaf nie pun dengan baik hati nya ajak la saya join dia tengok, saya nie benda2 free memang suka la kan, ye ar x perlu keluarkan KPT (kos poket sendiri) lagipun bf pulak yang ajak memang tak tolak ar kalau x de sebab kan, bak kata orang (sapa ntah kata tapi bukan saya kata) kawan sehati sejiwa kena ar sentiasa bersama masa gembira ke sedih ke susah ke senang ke,...dan lain-lain masa lah yang patut ade bersama kan,....x gitu,..

Di teruskan penceritaan, saya pun cuti la separuh hari demi nak gie KLCC hari tue, tapi hari tue lah kerja banyak menimbun, dengan urgent nya lagi kerja tue,...nak bagitau betapa fokus nya saya kan,..memang hari tue mulut saya nie tutup je tangan je gerak,..tutup daripada berkata-kata dan tutup daripada mengunyah,...hehe~~

Sesampai nya saya kat sana, bertemulah kami di surau dalam KLCC tue. Tanpa lengah2 lagi lepas solat terus kami berlari-lari anak ke lokasi konsert,...hehe~~

kami dgn tiket
Mak ai,...ramai gila orang,...yang x bolah tahan tue,...kaum adam memamg majoriti ar petang tue,..hurm, nak tengok SNSD la kata kan,...mengikut mata kasar saya,...golongan lelaki cina ar paling ramai kat situ.

Saya dan Zhaf,..berlegar-legar mencari mana tempat sepatutnya kami menunggu untuk entrance 'premium zone',..lama jugak kami mencari sampai penat la jugak kaki nie,..huhu~~

Kira nya dekat sejam lebih juga lah baru pintu entrance di buka,...nak dapat masuk entrance tue punya la kena bekerja keras himpit menghimpit orang,..haiya,..penat lagi,..huhu~~

Zhaf,...dah masuk premium zone

ape name nie, lupa la,...

orang ramai dah,..

peace dgn jari Zhaf

sy yg kepenatan smpai duduk,..

kami penat,..huhu

Highlight dalam story saya kali nie,...teng teng teng,...saya rasa macam org vip,...hehe~~

Macam nie story nya, konsert tue berhenti sekejap masa waktu maghrib, kiranya menghormati waktu orang Islam solat la kan, so yang orang2 Islam yang masih ada kesedaran nie, bergerak lah nak menunaikan solat maghrib jugak,...dalam ramai2 orang dalam zone premium tue, keluarlah saya daripada area tue untuk solat. Saya tanya seorang petugas kat situ,.."boleh ke saya keluar?" dia cuma angguk je kira nya tanda setuju la kan.

Maka saya jalan je la lagi sampai kat entrance saya masuk tadi,..mak datok,...ramai lagi orang kat luar kawasan tiket nie tak dapat masuk,...mereka memang tak dapat masuk sebab tak de tiket,..memang ramai sangat sangat sangat,...yang menakutkan mereka nie tolak pagar yang di pasang untuk masuk kawasan tiket, pulak masa tue ada staff edar tiket free random dekat orang2 di luar pagar tue,...hurm,...berebut orang nak amik tiket tue,...sampai pagar tue terbuka lah,...sampai ada nak rempuh masuk la,...tak tahu saya nak gambarkan macammana,..first time tengok situasi camnie,..huhu~~

Sambung balik kisah saya eh,...saya pun tanya brother A security yg jaga kat entrance tue,..."boleh tak saya nak keluar pastue masuk balik?" brother A jawab "akak cuba tengok,..camne akak nak keluar?" dia sambung tanya saya lagi, "akak nak pegi mane?",..."solat" saya jawab,..dia pun dengan muka tak tahu nak kata apa pun bagi jawapan nie kat saya "ntah la kak, saya pun x tahu akak boleh keluar ke tak,..." 

Saya pun jadi macam brother A tue juga, blur kejap dalam masa yang sama takut tengok keadaan masa tue. Saya yang blur + takut still terpacak di situ bersama-sama di kelilingi orang-orang security, staff dan orang ramai yang xde tiket,..tiba-tiba saya disapa oleh seorang gadis comei macam saya gak ar kan (ayat memang x tahan ar). Muka dia lagi ar muka orang takut, dia sepatutnya datang dengan kawan dia tapi dia sampai dulu so dia masuk dulu tapi dia pun takut dengan suasana ketika tue,...ingatkan saya sorang rupa nya dia lagi muka pucat kelat je,...dalam tengah tue, Zhaf pun called saya tanya saya dapat keluar ke tak,..saya cakap ar tak dapat keluar so saya bagitau ar saya akan masuk balik kan, tapi gadis comei tue minta saya teman dia tunggu kawan dia sama-sama dengan dia, melihat muka dia takut + berharap tue maka saya pun teman la dia,...

Tiba-tiba datang seorang en. security dekat dengan tempat saya dan gadis comei tue berdiri, en. security nie saya tengok macam pangkat2 bos gak ar kan,..tengok gaya dan rupa en. security tue, orang nya dalam usia pertengahan, 'comei', cara cakap walkie talkie pun lain je,...dah ar dia datang relax je sambil bawa biskut pulak tue makan sorang2,...dia makan biskut kacang yang kurus tue,..haiyo lupa la nama biskut tue (xpe ar bukan penting pun),..saya pun ramah kan la diri sembang dengan en.security nie,...soalan yang sama saya tanya kat brother A tadi saya tanya juga kat en. security nie,..abis je saya tanya, en.security pun panggil la sorang brother nie,...brother B la eh saya panggil, en. security cakap kat brother B "akak nie nak gie solat, ko bawak akak nie keluar ikut pintu (ape eh saya lupe lah,..apedaa) pastu ko bawak dia masuk balik ikut pintu yang sama, paham?". Brother B paham ar kan,..so dia bawa la saya ke pintu yang seperti yang diarahkan,..saya pergi la berdua dengan brother B, oh gadis comei tue dah jumpa kawan dia k,...otw ke pintu tue saya buat ramah lagi ar sembang dengan brother B nie,....ada 1 ayat nie keluar daripada mulut dia yang buat saya tersentap gak ar,...dia kata " benda2 camnie tak datang pun tak rugi kak",..huhu~~

Saya terus ar bejalan beriringan dengan brother B nie, tiba-tiba ada sorang brother C tegur kitaorang, bila brother B sebut je nama en.security tue,...diam tak kata apa brother C, bila sampai kat pintu yang dimaksudkan,..ada la 3 orang brother lain kat situ dok berjaga. Brother B pun pesan la kat tiga2 orang brother tue pesanan seperti yang disebut oleh en. security tadi kat dia, yang best tue brother B tue soh mereka ingat muka saya dan pastikan saya masuk balik,...dan setelah brother B bagi pesanan terakhir kat saya so dapatlah saya keluar daripada situ dengan aman dan selamat melalui pintu belakang,..itu lah story nya,..dah saya rasa macam orang penting (memang muka perasan saya nie),...hoho~~

Ingatkan bila dah keluar daipada situ ok la kan tapi,..haish,..tapi Alhamdulillah setelah meringankan mulut saya nie bertanya beberapa orang beruniform yang tegak bertugas akhirnya dapatlah saya menunaikan solat maghrib di surau dalam Suria KLCC.

Abis je solat, saya masuk la balik kan ikut pintu yang dipesan. Bila dah masuk,..saya salah masuk pulak zone, saya termasuk golden zone pulak,...maka kena lah saya cari zone yang betul,..memandangkan ramai orang sangat dalam premium zone tue, saya just berdiri kat tepi kawasan je la,...malas nak masuk bersesak-sesak dengan orang dalam premium zone tue,...Satu lagi insiden, bila dok kat tepi-tepi tue nampak la saya orang ramai yang xde tiket dapat masuk, berlari-lari mereka nak cari port yang strategik, tapi still mereka di asingkan daripada zone2 yang ada tiket,...tapi kan ada yang terlalu teruja sangat, sampai panjat pagar untuk masuk zone2 tiket,...huhu~~

Masa saya berdiri kat tepi tue, berkenalan lah saya dengan sorang lagi gadis manis macam saya gak (nie lagi ayat tak boleh blah kan), nama dia Murni seorang cikgu yang datang KLCC bersama kawan2 nya untuk berjalan-jalan tapi telah diberikan tiket free oleh staff bertugas maka dia n the geng pun ter join la dalam konsert nie padahal dia tak minat lansung,..hehe~~

Tengah mesra saya menyembang dengan Murni, Zhaf pun jumpa saya balik,...dan terpisah la saya dengan Murni. Sambil kitaorang tengok performance ada la staff yang bertugas mengheret keluar orang2 yang masuk zone dengan cara tak sah kan,...huhu~~

Akhirnya, SNSD yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang termasuk la kawan saya Zhaf pun muncul,...huiyo,..memang gila ar orang berteriak,..pening kepala saya,..huhu~~

Yang best nya lagi, abis je SNSD perform ramai orang blah,..memang jadi lenggang la kawasan2 kat situ,..beberapa minit lepas tue kami pun blah la jugak.

cantik,.^_^

orang ramai

lagi orang ramai

orang ramai dah blah,.
Oh, ingatkan perjalanan balik kitaorang clear je la,..tapi tidak,...jalan nak ke stesen lrt,...sesak sesesak nya memang bergerak setapak demi setapak la,...boleh di katakan kan macam manusia dah tukar jadi sardin pastu sardin2 tue di tinkan,...masa nie la saya rasa bertuah memiliki kad Touch n Go,...hoho~~

Berpisahlah saya dengan Zhaf dekat tempat nak naik tren sebab arah kitaorang bertentangan. Kesimpulannya, cukuplah sekali ini saya merasa suasana ini tapi saya gembira sebab saya bersama kawan baik yang memang baik, thanks Zhaf ajak pergi eh,....^_^

Panjang eh story saya kali nie, tapi isi nya tak bermakna sangat la kan,..so saya akhiri entry saya kali nie dengan hadis yang saya dengar baru-baru nie juga, hadis ke-19 daripada hadis 40 Imam Nawawi, hadis nie kalau diikutkan biasa di ketahui umum, hadis nie di riwayatkan kan oleh Imam Al-Tirmizi (hadis sohih) just untuk share sebab sharing is caring,...tak gitu,...pembelajaran yang boleh di ambil dalam hadis nie secara ringkas antara nya,....1) kita jaga Allah, Allah jaga kita, 2) Mintalah lah apa2 jua dengan Allah dan 3) Tidak akan berlaku sesuatu ke atas diri seorang hamba melainkan dengan IzinNya, setiap apa yang berlaku bukan lah kebetulan tapi memamng ditakdirkan untuk diri hamba2 Nya. Sekadar itu sahaja.

Wah, 1 hari saya ambil masa siapkan story kali nie,..dari pagi sampai ke malam,...hoho~~


TA-TI-TU

Monday, 12 March 2012

Masa bersama adik

Sapa tak tahu kat KLCC ada tempat untuk rekreasi seperti saya sila pejam mata anda 7 saat,..huhu,...sabar je la saya ni tak tahu,... thanks to Hafizah Jami atau mesra nya saya panggil fiza je sebab dia yang ajak saya pergi jalan-jalan bawa adik kami sempena cuti sekolah ni.

Mula2 dia ajak saya pergi Petrosains tapi saya google tengok isnin closed tempat tue, so plan still jumpa kat KLCC tapi tukar tempat sikit.

2 kakak 3 adik

Kami excited la kan pagi dah keluar, ye ar sebab nak bawa budak2 pergi mandi kolam kat KLCC tue, saya lagi ar excited sebab x tahu pun kat situ ada kolam, rasa tak boleh nak imagine,...mana tak nya kalau pergi KLCC samada dengan kawan2 untuk singgah solat je tak pun jumpa kawan2 kat foodcourt pastu balik, kalau rajin pun keluar la kejap duduk depan tasik tue pastu blah camtue je,...kihkih~~

Sesampainya kami di sana, iaitu kolam tempat mandi seperti yang dirancang,...teng teng teng,...hampagas betul kolam tengah dicuci dan bila kami baca papan tanda kat situ tulis kolam closed hari isnin,...aduyai,..tak tahu nak kata apa ar masa tue, saya pandang fiza, fiza pandang saya,...kami saling berpandangan je,...melopong ar adik masing-masing nak mandi kolam,...huhu~~

Nasib masih baik la sebab ada playground kat situ, at least la kan,..so main lah adik-adik kami kat situ ntah berapa jam daaa,...bila rasa rintik-rintik air hujan baru kami rasa patut blah la kan, kalau tak adik-adik kami memang dah lemah gemalai main je,...kami tak pe ar tak main, pot pet kejap ngap kejap,..so relax je la,...hehe~~
nie la fiza

hehe,..saya

saya dan adik2 saya

fiza dan adik nya

hannan, saya dan syuhada

kakak2 posing

main je mereka nie

nak jugak dgn klcc,..

kakak yg x sedar diri dengan budak2 comei
Dah on the way blah tue, lalu la dekat dengan kolam,....pong pong pong,...Aaappaeeeee,...kali nie kami saling tak pandang satu sama lain dah tapi terus terbeliak mata pandang kolam yang ramai orang, budak2 mandi sakan orang tua buzy dok perhati dan buat hal masing2,...apalagi lari lah kami2 ni menuju ke kolam,..yang paling laju hannan wafa la sampai saya pun kena tambah speed putaran kaki ni,..hehe~~


saya di kolam yang x diketahui sblm nie

saya rasa gmbr nie cantik ar,..

mereka mandi x ingat dunia
Akhirnya, hasrat sebenar kami tercapai untuk bawa adik2 kami mandi,..lega Alhamdulillah,...tersenyum riang lah saya dan fiza,...kami bagi ilmi, hannan wafa dan syuhada mandi dalam sejam so kami sambung la aktiviti yang sama macam kat playground tadi,...pot pet pot pet ngap pot pet pot pet ngap,...kihkih~~

Lepas dah penat main dan mandi maka pergi lah menjamu selera di foodcourt dan balik lah kami lepas singgah beli roti kat bakery ape nama ntah tapi roti2 kat situ memang sedap....^^

Konklusi, saya happy dapat luangkan masa dengan adik2 saya dan kawan saya bersama adiknya,...^^

TA-TI-TU


Sunday, 11 March 2012

Majimak 1n2d




Tadi saya terbuka tv, so tengok2 ada ulangan 1n2d,..rupa nya yang saya tengok nie last episode, dapat tengok dalam 10 minit je....sedih nya saya rasa,...saya memang dah tahu show nie akan end x lama lagi tue pun zhaf yang bagitau, tapi x sangka hari ni last,..sedih saya rasa,..sedih sangat,...dah lama saya x follow show nie, selalu x dapat tengok x pun dah tertido b4 show disiarkan.

Show nie show yang paling saya minat dalam banyak2 korean show. Show no.1 di hati la,...saya follow show nie dari awal lagi, masa Lee Seung Gi join 1n2d, tapi episode2 b4 Seung Gi masuk saya tengok balik, cari balik,...kira nya memang saya tengok daripada episode 1 la,...masa Ji Sang Ryul dengan Hong Cheol ada lagi sampai la sekarang, saya bukan tengok je saya siap download lagi kira nya external saya full dengan 1n2d punya episode je,...ye ar dulu kalau nak tengok kene tengok kat internet, masa tue tahun 2008..ha, antara sebab saya pasang internet dan astro kat rumah sebab kan show nie la tapi masuk awal tahun 2011 saya tak download dah just tengok kat tv and lama-lama kat tv pun makin x tengok,...

Tak tahu la nak cakap camner tapi show nie masa saya minat sangat2 sebab show nie lain sikit dengan show2 yang lain,...show nie nampak natural, sesama member nampak baik, caring dan akrab, bukan je sesama member je tapi dengan krew2 production nampak mesra macam family, bila tengok mereka dalam tv tue dengan saya2 nie rasa macam saya kenal mereka2 dalam 1n2d tue. Macam2 feeling rasa bila menonton 1n2d, rasa happy rasa sedih rasa marah rasa kecewa rasa bangga,... memang penuh dengan emosi. Bukan tue je, show nie pun ade banyak benda yang saya dapat belajar, erti sahabat, life dan sebagainya. Tak kurang penting juga saya dapat belajar bahasa korea dengan 1n2d, kadang2 boleh faham apa mereka cakap n tambah vocabulary korea saya. Saya mengenali negara Korea pun banyak melalui show nie, culture orang korea, makanan dan tempat2 di korea.

Meh nak cter sikit pasal aliran member 1n2d. Mula2 start dengan 6 member, ade Kang Hodong, Eun Jiwon, Lee Su Gen, Noh Hong Cheol, Ji Sang Ryul dan Kim Jong Min. Saya paling minat Jiwon,...setiap member ada character masing2. Pastu Kim C dan Lee Seng Gi masuk ganti Sang Ryul dengan Hong Cheol. Masa Jong Min masuk tentera Mc Mong ganti dia. Masa nie la 1n2d sangat popular dan boleh di katakan berada di kemuncak ar. Jong Min join balik 1n2d lepas 2 tahun masuk army. Mase mereka bertujuh, Kim C undur diri daripada 1n2d. Masa Kim C tinggalkan 1n2d pun sedih jugak,...huhu~~

Tiba2 Mc Mong hilang daripada 1n2d, sebab kes dia elak daripada tentera. Member 1n2d maintain 5 orang sehingga lah tahun lepas dalam tengah2 tahun Uhm Tae Wong masuk 1n2d. Yang akhir tinggalkan 1n2d Kang Ho Dong sebab kes tax evasion dia, so 1n2d ending dengan 5 orang je. Kiranya dah 5 tahun lebih show nie bersiaran kalau x silap tengah tahun 2007, mesti dah 300 lebih kot episodes. Show2 kat korea selalu x lama, paling lama pun 3 tahun,.. lepas tue mesti rating dah turun so show perlu ditamatkan tapi 1n2d antara show yang dapat bertahan lama. Saya rasa resipi show nie berjaya sebab member dan krew sangat bekerjasama dan bekerja keras dalam memastikan show 1n2d menjadi show pilihan di hati penonton.


Mc Mong

Kim C

Lee Seung Gi

Uhm Tae Woong

Kin Jong Min

Eun Ji Won

Noh Hong Cheol

Kang Ho Dong

Ji Sang Ryul

Lee Su Geun


Saya akan sentiasa ingat show nie,..external saya tue saya akan simpan sampai bila2,...dan saya nak tengok ulangan episode akhir nie tapi di mane eh,...huhu~~















TA-TI-TU