Morning uolls,...
Selamat hari jumaat uolls,...
Eh, rajin pulak ms ahjumma update blog ye,...hehehe, kali nie nak share pasal makanan jugak,...makanan itu kan satu nikmat,...Weee weee weee
Sementara ms ahjumma x ada cek yang nak kene buat, moh ms ahjumma nak tulis blog jap,...Heee heee heee
Dalam beberapa hari yang lalu, mr ahjussi bawa ms ahjumma dinner. Mr ahjussi cakap tempat makan nie best dan dia suka makanan kat situ. Namanya ialah restoran " the Waterlily ". Masuk je, rasa suasana yang sangat romantik dan cool sangat tapi restoran tue open, so terganggu la sikit dengan bunyi kenderaan dan sebagainya yang ada kat luar restoran tue,...heee. Suansana dalam restoran sangat tenang dengan hiasan lampu malap-malap, music yang slow ala-ala romantik gitu dan dekorasi hiasan dalaman ala-ala Bali,... sesuai sangat la nak bawa pasangan anda sempena anniversary ke birthday ke, bagi yang hendakkan suasana romantik dengan bajet yang sederhana boleh lah datang ke sini.
saya di Waterlily |
1. Nasi campur dengan lauk-pauk
Menu nie sangat popular di kalangan pengunjung restoran Waterlily, boleh dikatakan 1/2 meja yang ada orang makan akan ada menu nie. Kuantiti lauk bagi ms ahjumma banyak, boleh share dua orang cuma minta tambah nasi je. Nasi putih@kuning dihidangkan bersama ikan, sotong, udang panggang, rendang ayam ( atau daging ), sate lilit isi ikan, sayur kangkung, kerabu kacang panjang, keropok ikan bilis dan tidak dilupakan pemanas mulut sambal terasi dan matah.
2. Catuk ??? (lupe nama daa,...)
Yang nie ms ahjumma punya order,...nyum nyum,...sedap sangat. Ms ahjumma suka makanan nie. Rasa nak makan je lagi,...nie boleh dikatakan macam ala-ala pecal kita la,...menu nie asas utamanya sayur, basic ada sayur kangkung, kobis dan kacang panjang, ditambah dengan nasi impit, ayam yang dikukus, telur rebus, tauhu yang digoreng cukup elok, lembut di dalam rangup di luar ( dah la tauhu memang ahjumma suka,...heee), tak lupa jugak keropok ikan bilis, hidangan ini mesti dimakan dengan dengan kuah kacang, oh kuah kacang nya pun sangat la ms ahjumma suka.
3. Cumi-cumi
Nie kiranya boleh dikategorikan hidangan ringan-ringan la,...tp banyak jugak oooo, sampai ms ahjumma bawa balik la, tak abis makan,...hehehe. Ms ahjumma memang suka sangat la sotong goreng tepung nie kan, bila mr ahjussi tanya nak order ke, terus ms ahjumma angguk kepala,...heee. Selain sotong, ada bersama ubi kentang goreng. Hidangan ini didatangkan dengan tartar sos. Nyummy,...terliur la tengok,..rasa nak lagi je,...
Tak lupa juga minuman kan, ada makanan kena lah ada minuman. Ms ahjumma order air lemon honey, mr ahjussi pulak air kosong je.
Lepas dah telan semua nie, sangat la sengkak ms ahjumma rasa, puas hati dengan menu dan layanan di situ. Bila dah makan banyak tue rasa insaf lah pulak,..heee, abis lah naik berat badan, tapi sekali sekala apa salahnya tak,...heee. Sila lah berkunjung ke sana, ms ahjumma sangat recommend lah. ^_^
Oh, lupa bagitau lokasi,..nak pegi camner kan kalau x tahu tempatnya,...nie alamat nya:
The Waterlily Bistro
No.11-G, 11-1 & 11-2
Jalan Mutiara Tropicana 3,
Mutiara Tropicana, PJU 3 PJ.
TA-TI-TU
No comments:
Post a Comment