Sunday 12 October 2014

Saya mahu hamil saya mahu baby

Assalamualaikum,…

Sekarang ahjumma sedang hamil, Alhamdulillah setelah setahun kahwin. InsyaAllah tahun depan bulan  dua ahjumma akan jumpa our lil khalif. By the way, kami panggil our baby Ab, actually nak panggil baby A tapi Ab macam lagi sedap je. Ahjumma panggil Ab sebab nie baby pertama dan ahjumma nak namakan baby mula dengan huruf A ^__^

Ahjumma nak share apa yang ahjumma hadapi dan buat sebelum berjaya mengandung nie. 

Kita share sikit kisah ahjumma ae. Ahjumma kahwin masa umur 27 tahun. Gaya hidup boleh la dikategorikan sihat sejak 3 4 tahun lalu, period pun normal. Period datang setiap bulan dalam 5 - 7 hari. Nak di jadikan cerita, lepas kahwin period problem, bulan ke-4 kahwin period start datang kemudian next month tak ada n then bulan berikutnya period datang tak berhenti hampir dua bulan. Akhirnya ahjumma jumpa doktor sakit puan selepas dah jumpa doktor biasa dan mencuba beberapa cara untuk hentikan period tapi tidak berjaya.

Di ringkaskan cerita, doktor cakap rahim ahjumma ok, dan pengeluaran telur ada dan paling best masa scan doktor bagitau ada telur yang dah matang hanya tunggu masa nak disenyawakan. At least ahjumma tau yang "oh ok, I'm normal" setelah 2 kali sesi bersama doktor, banyak gak ilmu dan nasihat yang ahjumma terima. Memandangkan kami berpindah ke Penang maka tak dapat diteruskan lagi rawatan.

Antara fakta yang doktor bagitau pasal masalah kesuburan, ialah:

1. If kita tak ada masalah period, means period normal. Kitaran normal daripada 28 - 35 hari. Aturan period pun sekata tidak berubah. Peratus untuk mengandung tinggi.

2. Bagi wanita bawah 35 tahun, berkahwin selama kurang daripada 18 bulan masih tidak mengandung itu adalah masih tidak dikatakan tidak subur.

3. Masalah kesuburan boleh terjadi datang daripada isteri atau suami. Lebih baik, suami isteri sama-sama kena check dengan doktor.

4. Kesihatan fizikal dan mental kena dalam keadaan yang stabil yang sesuai untuk boleh mengandung sebab nie jugak salah satu faktornya.

5. Hanya 30% wanita berjaya mengandung dalam tempoh yang cepat.

So apa yang ahjumma buat:

1. Betulkan kitaran period dulu, bagi ok dalam 2 3 bulan pastue boleh start planning for baby lagi.

2. Ahjumma actually mudah stress, so ahjumma try to handle my emotional. Apa yang ahjumma buat try not to think too much about something, try to be mo relax and just try let it go or ubah cara pemikiran dengan banyak bercakap dengan orang yang posit if, bannyak baca perkara yang menarik, tengok rancangan ilmiah dan spa lagi eh,…

3. Masa "bersama". First, just enjoy. Jangan fikir buat untuk dapat baby or jangan fikir untuk enjoy, just relax dan kosongkan fikiran. 1 ayat ahjussi yang buat ahjumma betul2 relax, ahjussi cakap camnie " tengok pompuan kena rogol, kena rogol pun mengandung, mesti masa kena rogol dia tak rela dan lepas tue mesti dia sedih sangat tapi dah rezeki kan" Second, timing untuk "bersama" biarlah dalam keaadaan tak penat, tak kejar masa dan suami isteri berkehendak. 

4. Masa scan doktor detect rahim ahjumma kebelakang dan masa mengurut, bidan cakap rahim ahjumma kat bawah sikit so masa "bersama" adalah teknik yang lebih sesuai untuk di buat.

5. Mengurut pun ahjumma buat tapi sempat buat sekali je.

6. Dari segi makan, ahjumma ada amalkan minum madu halia sebab perut ahjumma banyak sangat angin so penting untuk hilagkan angin tue dulu. Minum air kurma hamil, nie mak mertua bagi daripada Mekah, lagi ahjumma kurangkan makan snek dan lebihkan makanan segar.

Itu je rasanya,….oh supplement, supplement macam vit C ahjumma ambil juga tapi sebelum kahwin tidak digalakan ambil jamu ke apa ke yang seangkatan dengannya, tungu bila dah jadi ibu baru la amalkan, ahjumma dulu ambil gak tp macam kacip fatimah, yelah takut tak cantik dan tua,…huhuhu, baik jangan ok, yakin la dengan diri kita yang kita memang dah sedia cantik.

Sampai sini dulu, nanti ahjumma nak share pasal penurunan berat badan pulak. Doakan ahjumma dan baby ok sampai baby lahir, ahjumma pun doakan anda jugak, yang tengah berusaha for baby jangan give up, ahjumma ada kenal yang kahwin 15, 8, 5, 3 tahun dan akhirnya ada rezeki baby. Banyak rezeki yang Allah bagi yang kita boleh fikir dan bersyukur kurangkan merungut dan yang penting usaha, dan paling penting yakin, bergantunglah pada Allah,….AJA AJA FIGHTING!

TA-TI-TU






Sunday 8 June 2014

Enjoy ur Life

Assalamualaikum,...

Lama tak bukak my blog kan

Saya nak buka new book for my own life

Enjoy my life without worries too much about something we don't know

Enjoy life with Islam guidance 

Usaha Doa Tawakkal

^___^

- TATITU -