Tuesday 17 September 2013

Pergi untuk Selamanya

Salam 1 Malaysia,...

Di kesempatan yang ado nie nak mencoret sikit kisah yang terjadi 2 3 hari nie dalam hidup Ms ahjumma,....mc la katakan tue yang sempat tue,...

Isnin lepas kami sekeluarga dikejutkan dgn berita kemasukan mak ngah Anizah ke wad ccu, hospital Manjung, Perak disebabkan serangan jantung secara tiba-tiba. Sehari sebelum kenduri anak keduanya mak ngah Anizah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sebak dan sayu tapi majlis tetap berlansung dalam keadaan ala kadar dan dijadikan majlis untuk arwah mak ngah sekali.

Ms ahjumma nak citer pasal keperibadian beliau yang amat disenangi oleh orang2 yang mengenalinya. Watak beliau yang ramah, ceria dan suka bercerita menghidupkan suasana yang riang gembira. Sifat kasih sayang, bertanggungjawab sangat dirasai oleh anak2 muridnya. Dalam gurau sendanya selalu diajak kami kepada kebaikan,...bagi Ms ahjumma beliau is the best mak sedara ever.

Ms ahjuma juga kagum dengan suami dan anak2 arwah mak ngah, tenang dilihat secara lahiriah,...tapi dalam hati dan perasaan mereka Ms ahjumma tahu mereka amat sedih dan dalam keadaan berduka cita,... Ms ahjumma rasa itu lah hasil didikan baik yang arwah terapkan dalam diri anak2 beliau,...

Ms ahjumma tak berani nak tanya anak2 beliau mengenai kisah beliau hanya sekadar mendengar perbualan2 orang2 di situ. Beliau ada menampakkan tanda-tanda akan pergi dan Ms ahjumma sendiri pernah terdetik sekali dalam hati,...

Semasa menguruskan jenazah beliau, ramai orang datang,...ramai betul,... Ms ahjumma sempat ke kuburnya sahaja. Perjalanan kami diiringi dengan cuaca yang mendung sehingga semua beredar dari kawasan kubur, hujan renyai mengiringi perjalanan pulang kami. Teringat seketika, ketika arwah tok wan meninggal pun ramai yang datang dan cuaca elok mendung sehinnga habis barulah panas matahari muncul,...

Untuk pertama kalinya Ms ahjumma mendengar talqin dibacakan, insaf dan sebak menghayati bacaan hingga akhir,...Harta, rumah yang kita banggakan tapi akhirnya bila ajal tiba masuk ke tanah jua,...itu semua akan ditinggalan tapi hanya amalan2 kita yang dibawa,...dan kita semua akan merasai mati,...mati itu pasti, jangan takut akannya tapi bersedialah untuk menghadapinya,...berakhir lah sudah ujian dan dugaan hamba yang telah mati diatas bumi Allah nie sekarang pergilah mereka kealam baru,...

Sehingga hari nie Ms ahjumma lihat orang2 yg Ms ahjumma kenal pergi untuk selamanya dalam keadaan yang baik2, Ms ahjumma pun mahukan begitu juga,...

Bagaimanakah pengakhiran hidup kita,...

Marilah kita sama2 berdoa agar Allah berikan pengakhiran yang baik utk kita dan tempatkan kita bersama orang2 soleh dan doakan juga untuk mereka yang telah pergi,...

Al-Fatihah buat mak ngah Anizah

P/S: terdengar kata2 Dr.Muhaya "orang yang asik merungut tentang diri dan tidak bersyukur adalah orang yang asik memikirkan apa yg tiada pada dirinya.

Ops, tandas memanggil Ms ahjumma daaa,....

Wassalam

Wajah ceria arwah mak ngah dgn tok - raya puasa 2010

masa semua nak balik dah - raya 2010

arwah mak ngah jadi model foc

buka posa ramai2 - raya puasa 2012

posing ramai2 - raya puasa 2012

kenduri mak teh - bersanding kali ke-2

kali terkahir jumpa arwah mak ngah b4 serangan jantung - my wedding 2013

arwah dtg jugak walaupun anaknya baru keguguran,... - my wedding 2013