Sunday 22 December 2013

S.A.H.A.B.A.T

Dah pertengahan Disember 2013 kan? cepat masa berlalu,...

Terima kasih insan yang sudi berkenalan, berkawan & bersahabat dengan saya,....

Saya nie sahabat akrab tak ramai tapi sekarang saya rasa saya ada 'buddies' yang ada untuk saya bila saya senang atau susah, yang sedaya upaya cuba terbaik untuk sahabatnya.

Kami tak ramai, ada 6 orang je, kami start kenal sejak semester akhir di Uitm Shah Alam.

Kami gelar diri kami sebagai "Geng rumah auntie" sebab kami menyewa rumah yang sama.

Macammana nak gambarkan keakraban kami? kami, karakter berbeza-beza, minat berbeza-beza tapi mungkin kami saling cuba memahami dan melengkapi setiap seorang daripada kami,...

Juara makan menang dekat Zidah, Zhaf & saya

Juara tido menang dekat Zidah

Juara banyak cakap menang dekat saya & Zhaf

Juara cepat siap menang dekat Mas, Zhaf & Fairoz

Juara makan sikit menang dekat Mas & Zura

Juara relax macam tak amik kisah menang kat Mas 

Juara cakap lembut menang kat Zura

Juara asyik tak ada menang kat Fairoz

Juara fashion menang dekat Mas

Juara Ustazah muda menang dekat Zidah

Dan macam-macam lagi la,... 

Daripada 6, 2 dah bersuami,...tapi kita tetap kawan kan

Thanks for everything chingu del, saranghamnida ^_^







TA-TI-TU

Monday 11 November 2013

How to make everybody happy?

Dalam dunia ini ada banyak hati nak di jaga
Nak jaga hati A B C D E to Z last-last hati sendiri yang kecewa
Kita dengar input daripada A B C D E to Z tapi output untuk di keluar kan pada siapapun tiada
Nak di luahkan pun tak berkesudahan sampai bila-bila

Gembirakan hatimu sendiri agar hati mereka gembira sekali
Bahagiakan hidupmu sendiri agar hati mereka bahagia sekali
Hidup la dengan cara mu
Asalkan masih berlandaskan agama dan ilmu

The best way is mengadu pada yang Maha Pencipta
Tabah dan sabar lah wahai hati 
One day everything will be ok
Have faith

Tuesday 17 September 2013

Pergi untuk Selamanya

Salam 1 Malaysia,...

Di kesempatan yang ado nie nak mencoret sikit kisah yang terjadi 2 3 hari nie dalam hidup Ms ahjumma,....mc la katakan tue yang sempat tue,...

Isnin lepas kami sekeluarga dikejutkan dgn berita kemasukan mak ngah Anizah ke wad ccu, hospital Manjung, Perak disebabkan serangan jantung secara tiba-tiba. Sehari sebelum kenduri anak keduanya mak ngah Anizah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sebak dan sayu tapi majlis tetap berlansung dalam keadaan ala kadar dan dijadikan majlis untuk arwah mak ngah sekali.

Ms ahjumma nak citer pasal keperibadian beliau yang amat disenangi oleh orang2 yang mengenalinya. Watak beliau yang ramah, ceria dan suka bercerita menghidupkan suasana yang riang gembira. Sifat kasih sayang, bertanggungjawab sangat dirasai oleh anak2 muridnya. Dalam gurau sendanya selalu diajak kami kepada kebaikan,...bagi Ms ahjumma beliau is the best mak sedara ever.

Ms ahjuma juga kagum dengan suami dan anak2 arwah mak ngah, tenang dilihat secara lahiriah,...tapi dalam hati dan perasaan mereka Ms ahjumma tahu mereka amat sedih dan dalam keadaan berduka cita,... Ms ahjumma rasa itu lah hasil didikan baik yang arwah terapkan dalam diri anak2 beliau,...

Ms ahjumma tak berani nak tanya anak2 beliau mengenai kisah beliau hanya sekadar mendengar perbualan2 orang2 di situ. Beliau ada menampakkan tanda-tanda akan pergi dan Ms ahjumma sendiri pernah terdetik sekali dalam hati,...

Semasa menguruskan jenazah beliau, ramai orang datang,...ramai betul,... Ms ahjumma sempat ke kuburnya sahaja. Perjalanan kami diiringi dengan cuaca yang mendung sehingga semua beredar dari kawasan kubur, hujan renyai mengiringi perjalanan pulang kami. Teringat seketika, ketika arwah tok wan meninggal pun ramai yang datang dan cuaca elok mendung sehinnga habis barulah panas matahari muncul,...

Untuk pertama kalinya Ms ahjumma mendengar talqin dibacakan, insaf dan sebak menghayati bacaan hingga akhir,...Harta, rumah yang kita banggakan tapi akhirnya bila ajal tiba masuk ke tanah jua,...itu semua akan ditinggalan tapi hanya amalan2 kita yang dibawa,...dan kita semua akan merasai mati,...mati itu pasti, jangan takut akannya tapi bersedialah untuk menghadapinya,...berakhir lah sudah ujian dan dugaan hamba yang telah mati diatas bumi Allah nie sekarang pergilah mereka kealam baru,...

Sehingga hari nie Ms ahjumma lihat orang2 yg Ms ahjumma kenal pergi untuk selamanya dalam keadaan yang baik2, Ms ahjumma pun mahukan begitu juga,...

Bagaimanakah pengakhiran hidup kita,...

Marilah kita sama2 berdoa agar Allah berikan pengakhiran yang baik utk kita dan tempatkan kita bersama orang2 soleh dan doakan juga untuk mereka yang telah pergi,...

Al-Fatihah buat mak ngah Anizah

P/S: terdengar kata2 Dr.Muhaya "orang yang asik merungut tentang diri dan tidak bersyukur adalah orang yang asik memikirkan apa yg tiada pada dirinya.

Ops, tandas memanggil Ms ahjumma daaa,....

Wassalam

Wajah ceria arwah mak ngah dgn tok - raya puasa 2010

masa semua nak balik dah - raya 2010

arwah mak ngah jadi model foc

buka posa ramai2 - raya puasa 2012

posing ramai2 - raya puasa 2012

kenduri mak teh - bersanding kali ke-2

kali terkahir jumpa arwah mak ngah b4 serangan jantung - my wedding 2013

arwah dtg jugak walaupun anaknya baru keguguran,... - my wedding 2013





Tuesday 2 July 2013

ShangSiLu Guangzhou, China

Salam,...

Kelmarin baru Ms ahjumma & Mr ahjussi balik dari Guangzhou setelah berkampung hampir seminggu disana. Nasib abg E ada semalam, boleh la amik kami dengan barang-barang yang sangat banyak dekat LCCT, tue pun separuh dah hantar dengan kapal, InsyaAllah lagi 2 minggu sampai. Masa tue InsyaAllah kita pun dah seminggu puasa ^_^

masa pergi bawak nie je,...heee
Ms ahjumma nak story la pengalaman pengembaraan Ms ahjumma kali nie. Disebabkan sedikit masalah, flight ke Gunagzhou Ms ahjumma dengan Mr ahjussi tak sama. Mr ahjussi pergi pagi isnin jam 0530 am tapi Ms ahjumma pulak jam 0830 pm,...huhu. Dah la Ms ahjumma nie baru 2nd time ke oversea dah tue first time nak naik Air Asia. Ms ahjumma nie bukan boleh, mula la rasa takut, gelabah tapi Alhmadulillah perjalanan pergi Ms ahjumma senang dengan Izin Allah, ayah tolong hantar dan sampai je Baiyun airport Mr ahjussi dah ada tunggu dekat gate arrivals ^_^

Sampai hotel dalam pukul 0100 am, Mr ahjussi tanya puasa makan ape dah? " Makan roti, biskut, waffle dan air yang ayah belikan sebelum sampai KL Sentral petang tadi " jawab Ms ahjumma panjang lebar. " rajin posa pasai apa? " tanya Mr ahjumma bersahaja, " saje, semangat tgk ramai puasa nisfu sya'ban " cepat je Ms ahjumma jawab dengan ceria. Mr ahjussi belikan nasi goreng kambing dan sate kambing untuk Ms ahjumma makan.
ini lah sate kambing dekat area hotel kitaorang

makanan yang kami bawak
Selasa, jam 0630 am Ms ahjumma dah bangaun dengan semangatnya. First day la katakan,...heee. Lepas mandi, solat dan makan light breakfast Mr ahjumma bawa Ms ahjumma jalan-jalan dekat kawasan hotel kami tue. Kawasan kami duduk nie namanya Shangshi Lu.

Awal kami jalan-jalan, dalm jam 8 am lebih, orang tak ramai lagi pun,...dalam kul 9 am baru lah orang mula sesak,...lepas jalan-jalan kami masuk hotel balik sekejap, pastu terus keluar balik sampai nak dekat maghrib baru balik. Kami pergi ke kawasan borong beg (semua jenis beg la), tali pinggang. Wah, mata Ms ahjumma nie tengaok macam-macam benda baru dan mulut nie asik dok sebut wah wah wah je,...Lewat petang kami balik hotel solat dulu pastu pegi makan. Makan kat kedai orang Pakistan, nama Restoran Makkah. Oh, kat sana senang nak jumpa kedai halal samada kedai Pakistan atau Cina muslim. Ms ahjumma heran, kat sana kami makan x la banyak dan selalu tapi minum sangat la banyak. Mr Ahjussi order nasi biryani ayam dengan kebab kambing, total dalam RM40, perghhh mahal la jugak kan. Balik lepas makan, kami solat dan keluar balik pergi Beijing Lu. Kami jalan-jalan kat situ dalam sejam jugak, Ms ahjumma dan Mr ahjussi masing-masing beli sandle sebab kasut kami dah basah sebab hujan siang tadi.

penin tengok belt
Mr ahjussi penin tgk handbag pulak
peace yo

Ms ahjumma dekat tgh pekan

salah 1 kawasan beg kami jalan
kebab kambing
beriyani ayam
Ms ahjumma dekat Beijing Lu
Rabu, hari kedua,...dalam jam 0930 am Ms ahjumma keluar jalan sorang-sorang je, Mr ahjussi tido,...huhuhu. Syok jugak sebab Ms ahjumma jumpa tempat shopping yang best-best utk Ms ahjumma. Sblm balik hotel Ms ahjumma pegi la makan dekat kedai Cina muslim, Ms ahjumma order fried noodle dan dumplings, sedap jugak, kira kene la dengan selera Ms ahjumma. Balik hotel tengok Mr ahjussi masil tido. Nak tak nak lepas zohor Ms ahjumma kejut jugak Mr ahjussi pastu baru kitaorang keluar pegi tempat borong semalam tapi tue la dah lewat dah. Malam tue kami jalan-jalan kat area hotel tue je. Balik bilik Mr ahjussi buat packaging barang, Ms ahjumma pulak nak tolong tapi tetido daaa.

muka pagi hari jalan sorang-sorang
fried mee
dumplings
antara tempat beg
nasi putih
kambing dgn bendi
Oh, nak inform jugak, cukup sebulan kami kahwin dah ^_^

Khamis, pagi tue kami keluar awal, belum pukul 9 lagi,...kedai pun tak bukak lagi,...dah jam 9.45 am macam tue kami teruskan pencarian barang-barang untuk bisnes Mr ahjussi. Kami makan dekat kedai Madina pulak sama macam semalam sebab Mr ahjussi dah suka kedai tue dan menjimatkan sikit duit kitaorang. Hari nie makan macam biasa nasi putih dengan 1 jenis lauk. Lepas makan, jalan-jalan dekat kawasan hotel tue, oh tapi kami akan jalan setiap petang lepas balik daripada beli barang tapi sekejap je tue yang sambung jalan malam,...heee. Malam nie jalan tempat lain sikit sebab jalan kawasan bertentangan dengan hotel pulak.

Ms ahjumma dengan Mr ahjussi
pasar beg
motor style - Mr ahjussi cakap
ayam ape ntah
jalan malam 
Seperti yang dijanjikan, 1 hari dapat pergi jalan-jalan,...yea yea. Maka, kami pagi-pagi dah bagun dan Ms ahjumma bersemangat, lagi pulak Mr ahjussi nak bawak naik tren, kira nya kat Malaysia macam LRT ler. Kami mulakan perjalanan ke Masjid Huaisheng pastu pergi Shamien Island pulak. Dah tengahari Mr ahjussi nak pegi tempat borong gelang, rantai dan cincin so pergi la kitaorg naik tren jugak tapi kene tukar lane. Balik petang tue macam biasa la pergi jalan2 kat area hotel, singgah hotel solat jap dan terus pergi makan.

masjid HuaiSheng
stesen subway
Last day dah, pagi Sabtu Ms ahjumma dah rasa berat hati nak tinggalkan tempat nie tapi dalam masa yang sama tak sabar jugak nak balik Malaysia,...huhu. Lepas bersiap dan makan, Ms ahjumma keluar sorang-sorang dulu sebab Mr ahjussi tido lagi. Pukul 11 lebih Ms ahjumma balik bilik, Mr ahjussi dah tak de. Ms ahjumma tunggu Mr ahjussi dalam bilik je. Tak lama kemudian Mr ahjussi balik, pastue terus kami keluar sebab nak beli beg, balik daripada beli beg, Mr ahjussi kemas barang Ms ahjumma keluar balik. Otw Ms ahjumma nak balik bilik terserempak dengan Mr ahjussi kat jalan so kami jalan-jalan lagi untuk kali akhirnya. Dalam jam 6 pm lebih kami pegi makan kat restoran Al Madina untuk makan malam yang terakhir. Balik bilik rehat jap pastu terus kemas barang dan bersiap ke airport.

last menu - fried chicken & kambing bendi
muke x sabar nak balik rumah
muka menunggu dgn sabar,...heee
nasi lemak
muffin,...perghhh terbaik
Flight balik kami jam 0115 am hari ahad. Alhamdulillah perjalanan pulang kami pun senang. Ms ahjumma lega sebab balik sama dengan Mr ahjussi. Actually, banyak benda nak story tapi x tahu nak story hat mana satu tapi ini pengalaman yang bagus dan bermakna bagi Ms ahjumma. ^_^

Thank U Mr ahjussi.

(P/S: boring la cara penceritaan Ms ahjumma nie,...)




-TA-TI-TU-





Saturday 2 February 2013

Perkara perlu dibuat apabila kereta dilanggar

Salam,...

Salam hari Sabtu,...

Hi hi hi ^_^

Alhamdulillah, kita masih ada di dunia yang sementara Allah bagi sebelum kita jumpa DIA kelak.

Semalam, macam-macam Ms ahjumma dok pikir,...huhuhu. Hati rasa serabut sikit dan tiba-tiba Allah datangkan excident kecil kpd Ms ahjumma. Huhu,...first time excident so tak tahu nak buat ape. Kat sini Ms ahjumma bgtau sikit apa nak buat k bila kereta kita kena langgar oleh kereta lain daripada belakang.

1. Hilangkan blur anda dan rasa terkejut selepas kene langgar.

2. Berhenti di kawasan yang tak mengganggu pengguna jalan yg lain.

3. Dapatkan details orang yang langgar anda. Seperti, nama, no telefon, alamat rumah ke kalau perlu.

4. Dapatkan no plate kereta si pelanggar.

5. Tangkap gambar kereta anda dan si pelanggar. Tangkap banyak-banyak

6. Buat laporan polis. Pergi sama-sama pun boleh atau nak balik rumah dulu makan ke pun ok tapi mesti dalam masa 24jam selepas excident.

7. Hubungi pihak insurance anda untuk tindakan selanjutnya.

8. Nie penting ye: sentiasa komunikasi dengan si pelanggar agar claim anda terhadap nya berjalan lancar dan jagalah perangai anda bila berurusan dengan si pelanggar.

Sekian,...

Sebelum Ms ahjumma blah, Ms ahjumma nak beri peringatan sikit kat kita-kita nie, moral of the story berhati-hatilah memandu ^_^

TA-TI-TU

Monday 28 January 2013

Line Clear Penang

Salam,...

Hola hola,....

Hari nie cuti Thaipusam, yea,...suka nye Ms ahjumma sebab cuti ^_^

Kali nie nk story pasal kedai nasi kandar Line Clear kat Penang.

Semalam baru Ms ahjumma balik dari kampung, Kedah.

Guess what, tahun lepas masa cuti Maulud dan Thaipusam kami sekeluarga ke Penang, sama jugak tahun nie,...hehehe.

Lagi sama, kami pergi penang sebab nak try makanan disana. Tahun lepas nak makan nasi kandar line clear tp x dapat sebab tak jumpa, so tahun nie azam lagi nak makan,...n dapat makan,..yea ^_^

Tahun nie atas bantuan Mr ahjussi, kami sama-sama ke nasi kandar Line Clear.

Kami sampai dalam jam 2 pm,...mak ai, masih tetap ramai dan beratur.

Yang kelakarnya, kedai sebelah pun nasi kandar jugak tapi Line Clear nie yg ramai. Lagi satu yg makan situ ramai org luar Penang Ms ahjumma rasa sebab org belakang kami duduk pun org kL yg datang nak makan nasi kandar.

Sesak la, kami makan hidang,...kami amik kari ikan (bawal), ayam goreng, ayam masak madu, sotong dan sayur kubis (macam biasa tue), mereka bagi papadom sekali,....perghhhh, sedap nya Ms ahjumma makan,... makan laju je, tak tahu la sedap sanagat ke atau lapar sangat,...hehehe,...tapi kari ikan memamg sedap, nasib tak dapat kepala ikan je,...kalau tak lagi menyengkak la Ms ahjumma.

Makan punya makan sampai licin,...Ms ahjumma tengok org masih ramai. Kami balik dalam kul 3 lebih masih ramai org beratur,...ish, heran Ms ahjumma mana org ramai nie datang.

Oh, sila la mencuba bagi yang masih belum ye dan penggemar nasi kandar ye,...pasti anda suka kan nya.


nie la lauk pauk kami





TA-TI-TU



Monday 7 January 2013

Kursus Pra-Perkahwinan di 'Mahligai Firdaus' Setiawangsa

Salam,

Harap uolls dalam keadaan baik ^_^

Alhamdulillah,....


Ms ahjumma dah setel 1 lagi kewajipan bagi setiap B2B yang akan berkahwin di Malaysia,...


Selama 1 hari setengah Ms ahjumma menghadiri kursus kahwin. Pada 5-6 Januaru 2013.

Ms ahjumma sangat rekemen bagi yang belum hadir kursus kahwin untuk datang ke 'Mahligai Firdaus' nie. Penceramah2 ye sangat hebat dengan pengisian dan cara pnyampaian masing2 yg sangat menarik dan senang di terima.

Hari sabtu kelmarin Ms ahjumma bangun awal la, basuh baju, iron baju siap-siap utk baju esok sekali. Tengah2 breakfast dengan mak ayah, baru sedar dah lewat,...apa lagi,....vrommm. Sampai pulak sama dengan Baini. Oh, Ms ahjumma pergi dengan Baini dan Syafiq. Dan tak sangka jumpa Sham dan Khalis jugak.

Modul pertama start pukul 10.00 am tapi awal jugak la kami sampai kiranya. Dah mendaftar Ms ahjumma masuk la hall, Baini teman Syafiq pergi makan.

Ms ahjumma perhati, oh 95% pakai baju kurung,...alamak,....mana Ms ahjumma tahu,...huhu. Ms ahjumma pakai blouse dengan skirt, segan pulak rasa,...huhu.

Modul 1: Pengurusan Sumber Keluarga, kewangan dan Masa Komunikasi Suami Isteri
Penceramah: Ustaz Abdullah Hashim
Masa: 10.00 am - 12.00 pm

Ustaz nie best sangat, muda lagi tue. Ustaz cakap je, tak banyak refer slide. Beliau banyak bercakap tentang komunikasi.


Meh Ms ahjumma nak share sikit ilmu yang masih di ingati nie,...heee. Mula-mula nak tulis kat buku je tapi bila pikir-pikir balik rasa nak buat entry kat sini jugak ^_^

First, ustaz tanya,...Kenapa nak nikah??? hurm,...macam-macam jawapan yg diberi, tapi jawapan ustaz Ms ahjumma tak ingat la,...huhu


Antara point-point penting yang ustaz sampaikan:


  • kena respon bila ditanya, knp? bila x respon pasangan akan rasa sakit hati, tak dihargai
  • isteri kena banyak ilmu komunikasi agar tidak ditipu
  • bila bercakap kena tengok level pasangan - agar pasangan kita paham apa yg kita akap
  • isteri jangan awal2 dah tunjuk prangai suka merajuk, biar lama kahwin,...tak pun kadang2 tunjuk sbb nak tengok keprihatinan suami.
  • wujudkan benda2 baru dalam rumahtangga. Contoh ust bagi: gambar kat handphone kita skrg gambar siapa? profil picture? mesti pasangan kita,...kenapa tak letak gambar mak ayah ke, adakah sbb kita tak sayang mereka? nati bila ada anak, letak gambar anak pulak kan? adakah masa tu kita tak sayang suami? tak,...sbb manusia tertarik pada benda baru.
  • persekitaran mempengaruhi komunikasi. Ust nasihatkan isteri utk berhias di rumah, pakai make-up, pakai wangian dan sebagainya agar suami ada keinginan utk berkomunikasi. 
  • bina memori indah dalam rumahtangga
  • banyakkan permainan dalam rumah, dengan ahli keluarga. Contoh: sama2 main getah, ting-ting 
  • Bagi pnghargaan kepada pasangan. Contoh: hadiah
  • intonasi & reaksi juga mempengaruhi komunikasi
  • jangan terlalu bebankan isteri, terutamanya kerja rumah. Asal kwajipan isteri adalah untuk memprsiapkan diri bagi suami.
  • adakan plan. Contoh: apa nak buat bila suami balik kerja?
  • Sunnah: panggil pasangan dengan nama/panggilan lain yg elok. Contoh: Nabi panggil Aisyah dgn panggilan 'si pipi merah'
  • Jangan banyak tanya bila pasangan dalam masalah, terutamanya bila suami bermasalah. Contoh: ketika Nabi terima wahyu yg prtama, khadjah tidak bertanya apa pun bila Nabi balik dan minta diselimutkan, khadijah hanya mengikut apa yg Nabi minta.
  • Banyak ingat Allah dapat kurangkan stress.
  • adakan tema 
  • jangan rigid & formal sangat
  • buat pembaharuan supaya tidak bosan. Contoh: susunan perabot
  • jgn duduk lama sangat dalam rumah, kena keluar tengok alam jugak
  • ceritakan kebaikan 
  • tengok muka bila bercakap lebih fokus
  • think out of box, terutama dalam menghadapi masalah
  • jangan tanya banyak sangat hal2 perasaan kepada lelaki yg tidak romantik
  • jangan guna perkataan tidak elok, terutama sekali depan anak2
  • pastikan sumber kita daripada yg halal. Makanan & masa
  • Jaga solat
  • Banyakkan sedekah oleh suami dan niatkan utk ahli keluarga
  • cara tegur pasangan kena pandai, berhikmah.
Habis ust. Abdullah punya part, dapat la rehat 5 minit b4 sambung modul kedua.

Modul 2: Perkahwinan & Prosedur
Penceramah: Ustaz Mohd Khori b. Jusoh
Masa: 12.00 pm - 2.00 pm

Ustaz nie muka soft je, macam muka ayah yang baik-baik je. Cara penyampaian pun menarik. Tajuk nie actually agak boring sebab pasal undang2 sikit kan tapi tidak bg Ms ahjumma. Ustaz nie pun sampaikan dengan sebaiknya.

Untuk Ms ahjumma, kami kena la isi borang kebenaran kahwin luar Qariah.

Ustaz explain jugak pasal wali, dokumen sokongan dan di samping itu, di selitkan nasihat-nasihat yang berguna untuk peserta. 

Ust cerita jugak mengenai jurunikah di setiap negeri.

[ lapar masa nie, nasib Ms ahjumma ada beli coklat pagi tadi kat 7-eleven, boleh la isi perut sikit,...heee. Mr ahjussi yg remind soh beli coklat ke gula-gula takut ngantuk ]

Habis sudah dua modul, kami dapat rehat. Ms ahjumma dan Baini pergi solat zohor dulu pastu baru pergi makan. Mereka jamu nasi putih + tom yam ayam + sayur taugeh (ada tauhu tapi masam dah). Lauk tengahari tak sedap tapi telan jugak, rezeki Allah bagi, kene syukur.

Dalam 2.45 pm kami sambung modul ke-3.


Modul 3: Pengurusan Runding Cara Islam dan Pembubaran Perkahwinan
Penceramah: Ustaz Alias Mutalib
Masa: 2.30 pm - 4.30 pm

Masa start je modul nie, Ms ahjumma dah hilang fokus sbb ust cter pasal cerai, Ms ahjumma jadi tak suka,...huhu. Ms ahjumma pun buat la aktiviti sdn bhd,...Ms ahjumma online fb pastue mesej Mr ahjussi, tapi Mr ahjussi soh Ms ahjumma fokus daaa,...tapi tak lama lepas tue Ms ahjumma kembali on track,...heee, sbb ust banyak cter pasal hal lain. Ust nie pun best ^_^

Antaranya yg Ms ahjumma ingat ust cakap:


a) cara Nabi tegur isteri. Ust bagi kisah isteri Nabi yg nama nya Ummu Salamah telah masak tapi masin. So cmner Nabi tegur?

b) perkara perlu buat selepas kelahiran baby

c) pesan Nabi kepada Fatimah ketika hendak ke walimah

d) isteri kene minta izin suami utk bekerja, pastu apa yg kena jaga bila bekerja

e) banyakkan baca Al-Quran dan amalkan ayat2 Al-Quran sbg pendinding sbb sihir kadang2 boleh terkena dengan sengaja atau tidak

f) kalau buat salah, minta maaf cepat-cepat. Ust cter pasal kisah Ali yang marah dengan Fatimah sbb bila Ali balik dari bekerja penat tapi rumah tiada makanan, lalu Ali gulingkan badannya ke tanah.

Ust explain jugak jenis2 penceraian lain,...dan menerangkan jugak pasal term yang selalu di gunakan dalam kes-kes pasangan bermasalah.

Petua untuk lelaki pun ust bagi, tak kedekut ilmu,..hehe, peserta lelaki excited je dengar. Ha, ust pesan lelaki jangan selalu buat ' lima pukul satu ' sbb boleh jd lemah. Ramai golongan hawa tak paham tapi kaum adam paham je,...huhuhu

Jam dah pukul 4.30 pm, kami dapat rehat lagi. Kali nie dapat minum petang tp sbb makan lunch tadi pun lewat so rasa kenyang lagi, maka kami pergi solat asar je. Lepas solat tue, intai jugak,..tengok ada ape,..ada cucur dgn air kopi mereka bagi.

Last segmen petang Sabtu tue, diteruskan dengan seorang penceramah perempuan yang comei dan best jugak.


Modul 4: Akhlak & Hubungan Dalam Keluarga
Penceramah: Ustazah Wan Ngah
Masa: 5.00 pm - 7.00 pm

Ustzh nie baik, tahu je yg peserta dah tak larat,...so beliau cuba sedaya upaya mempercepatkan ceramah. Yang mana boleh potong beliau potong, beliau tak explain. Macam-macam la akhlak kan, termasuk akhlak dengan jiran, mertua dan sebagainya.

Pesanan ustzh pulak antaranya:

i- sebelum nikah, banyakkan amalan sunat

ii- ustzh cakap pandangan lelaki dengan perempuan tak sama even tengok benda yang sama. Ustzh bagi contoh gambar barang hantaran. 

iii- masalah suami isteri hadapi sama-sama

iv- ikut akhlak Rasulullah

v- ajar anak-anak tentang agama dari awal

vi- pupuk kasih sayang berterusan antara suami isteri

vii- bersikap terbuka & tolak ansur - antaranya terhadap keluarga mertua

viii- isteri jaga rahsia rumahtangga

viiii- hindari hina pasangan dan keluarganya

Berakhirlah petang tue dalam jam 6.45 pm. Elok la drive, Ms ahjumma sampai dah nak dekat maghrib.

Hari Ahad pulak, tinggal lagi dua modul sahaja. Excited rasa, sbb kursus nie sangat bagus dibuat dan diteruskan bagi pasangan yang dah berkahwin pun.

Hari Ahad Ms ahjumma pakai baju kurung,...heee.


Modul 5: Pengurusan Stress dan Konflik/Pengurusan Kesihatan
Penceramah: Tuan Haji Sani bin Abu Bakar
Masa: 9.00 am - 11.00 am

Penceramah pagi Ahad nie sangat pandai berkata-kata dan menyusun ayat yang indah didengar. Beliau seorang pesara yg banyak pengalaman terutamanya dengan remaja. 

Beliau banyak dedahkan pasal kesihatan lelaki dan perempuan, terutama untuk mendapatkan anak, beliau juga cerita macammana nak buat 'family planning',...heee.

Beliau memberikan kata-kata yg sangat bermanfaat, yg paling Ms ahjumma ingat,...'jangan bercinta kalau takut sakit'. Tambahnya lagi, 'teruskanlah bercinta kerana cinta adalah nadi kehidupan'.

Mengenai fizikal beliau pecah kan kepada beberapa pecahan:

1) fizikal

2) mental - terutama kepada isteri yang mengandung

3) sosial

4) jiwa

5) senaman

6) rokok

Beliau juga bagitau kepada peserta lelaki macammana nak jaga harta mereka. Selain itu, beliau juga pesan lelaki jangan buat 'pelaburan' diluar yg boleh mendatangkan penyakit HIV dan onani supaya tak mati pucuk.

Segmen nie habis lambat sikit, sbb start pun lambat sikit,...tapi takpe sbb ilmu yg sangat berguna kami terima.

B4 last modul, kami dapat rehat,...minum pagi disajikan. Ms ahjumma dah breakfast so malas nak makan lagipun mereka hidang bihun goreng, so Ms ahjumma dengan Baini minum air teh je.


Modul 6: Akidah & Ibadah
Penceramah: Puan Nurul Huda bt Mohd Mokhtar
Masa: 11.15 am - 1.30 pm

Penceramah nie sangat hebat. Sampai menagis Ms ahjumma dengar ceramah beliau. Kata-katanya menyentap jiwa Ms ahjumma,...ekh, tapi harap la orang sebelah tak perasan.

Beliau tak sentuh direct dengan tajuk tapi beliau menyampaikan keseluruhan isi yang patut B2B dengar, pada pendapat Ms ahjumma la.

Dua benda je Ms ahjumma nak share kat sini apa yg puan tue cakap, yg lain biarlah anda sendiri mendengarnya, jika berpeluang, InsyaAllah.


  • mengikut kajian kenapa perempuan pilih lelaki?
           kerana: perempuan itu boleh bercakap dengan lelaki tersebut.
  • lelaki pilihlah wanita yg hendak dikahwini kerana 4 perkara, 1) kecantikkan 2) keturunan 3) harta 4) agama, pilihlah kerana agama nescaya kamu akan selamat.
Bila puan cakap macam tue, Ms ahjumma melayang berfikir,..." aah, aku selesa dan suka bercakap dgn Mr ahjussi, dan semua perkara aku nak bagitau " - ms ahjumma mengiyakan dalam hati, ya,...itulah sebab utama hati Ms ahjumma terbuka untuk mengenali Mr ahjussi dulu.

Ms ahjumma harap Mr ahjussi pilih Ms ahjumma kerana yg no.4,...even Ms ahjumma xde la warak, tapi itu harapan Ms ahjumma supaya kami nati InsyaAllah bahagia dan selamat dunia akhirat.

Ms ahjumma sayang Mr ahjussi kerana Allah (betulkan niat)

Balik dari tempat kursus, Ms ahjumma berfikir je,...teringat satu persatu kata-kata puan dan kaitan dengan Ms ahjumma dan Mr ahjussi.

Hurm,...moga penulisan Ms ahjumma nie sedikit sebanyak memberi manfaat utk kita semua.

TA-TI-TU








Friday 4 January 2013

Awal Perkenalan ^_^

Salam,

Hi ^_^

Dalam tengah-tengah busy buat cek nie tapi gatai pulak jari jemari nak buat entry baru,...heee

Terkenang tiba2 saat awal perkenalan Ms ahjumma dengan Mr ahjussi.

First sms Ms ahjumma dapat pada 21 Mac 2012, tak silap Ms ahjumma hari tue hari Isnin. Ayat, perghhh, baik la masa tue,...heee. Mula-mula Ms ahjumma balas pun lambat, layan macam tak nak layan, lagipun masa tue jiwa tengah kacau,...huhu.

Actually kan, Ms ahjussi dah mula mesej dengan Ms ahjumma bulan Nov 2011 dekat fb, dan tulis kat wall fb, masa tue lagi la tak layan, lansung tak kenal kan, ntah sapa-sapa ntah,...

Takdir, Ms ahjumma terbuka hati untuk mengenali Mr ahjussi lebih dekat. Masa awal-awal tue memang tengah hangat la kan perasaan, dan nie lah first perasaan betul2 Ms ahjumma rasa bila kita disukai,...heee.

Teringat pulak, Ms ahjussi pernah cakap dulu masa Ms ahjumma tak layan, gambar2 Ms ahjumma, Mr ahjussi simpan dalam laptop, 5 keping, siap ingat gambar yang mana (sshhh: bahayakan gambar kita orang simpan), Mr ahjussi cakap lagi selalu doa mintak Allah buka kan hati Ms ahjumma untuk suka Ms ahjussi (sshhh: yeke,...haaa)

Tiap-tiap malam Mr ahjussi akan call Ms ahjumma, sampai Ms ahjumma jadi menunggu, kalau Mr ahjussi lambat call,...jadual tido Ms ahjumma pun dah berubah,...heee. Siang hari pun kami akan sembang kat phone. Berjam - jam setiap hari. Termasuk la sms, beratus - ratus sms, sampai dah tak cukup space handphone Ms ahjumma ^_^

Awal - awal keluar bawa teman, tapi third time keluar dah berdua dah,...heee (sshhh: tak bagus kan).

First time jumpa pada 11 April 2012, tak silap hari tue hari Selasa, bawa my sista Atina teman jumpa kat KLCC lepas waktu kerja. Mula-mula janji jumpa dekat depan kedai Roti Boy, tapi disebabkan sudah lambat kami bergerak maka kami berjalan dan terserempak lah depan kedai Body Shop. Ms ahjumma pakai baju kurung moden warna pink, Ms ahjussi pakai t-shirt warna hitam dengan jeans.

Agak segan - segan, malu gitu,...heee. Kami pergi solat dulu, pastu decide nak dinner, mula-mula Mr ahjussi bawa kat dalam Cold Storage sebab Ms ahjumma kata nak makan ringan - ringan je tapi my sista nak makan nasi so tukar tempat pergi makan dekat foodcourt yang paling atas tue. Ms ahjumma dan adik order nasi ayam, air soya dan ice lemon tea. Mr ahjussi tak bangun pun, suruh Ms ahjumma yang order kan, mee (lupa nama) dengan air soya, ada la Mr ahjussi hulur RM10 bagi Ms ahjumma untuk belanja tapi Ms ahjumma tolak,...hehe. Biarlah bayar masing2 kan. Air Ms ahjumma bayarkan, Ms ahjussi bukan ingat pun,....hehehe

Pastue, Mr ahjumma bawa kami masuk kedai Mark & Spencer beli cookies. Ms ahjumma tak percaya ada jual cookies dalam tue, ye la,...tue kan kedai baju (dari luar je tengok, tak pernah masuk pun,...hehehe). Lepas beli cookies, kami makan sama2 dekat tasik. Mr ahjussi jadi dahaga la pulak lepas makan cookies, so pergilah Mr ahjussi beli air epal (kotak beasr) dalam Cold Storage (Mr ahjussi call tanya nak minum air apa, Ms ahjumma cakap epal so dapat la air nya,...heee). Tapi b4 tue, Ms ahjumma mintak nak minum coffee, mana tak nya kami duduk sebelah Starbuck, dah la Ms ahjumma memamg coffee lover ^_^, tapi Mr ahjussi pujuk kata dia akan beli esok, maka Ms ahjumma setuju ^_^. Berakhirlah first meeting kami dalam jam 10 malam jugak la. Oh, b4 tue,...Ms ahjumma dapat presento daripada Mr ahjussi ^_^

Itulah antara perkara yang jadi di awal pekenalan kami, dan first date la kan,...heee. Sama dan biasa2 je macam kebanyakan orang tapi itu memori Ms ahjumma yang bermakna ^_^

Oh, tadi masa lunch, Ms ahjumma terdengar lagu "Drive By" masa drive. Mr ahjussi kata, lagu tue untuk Ms ahjumma,...heee.


Lirik Drive By – Train



On the other side of a street I knew
Stood a girl that looked like you
I guess thats deja vu
But I thought this can’t be true
Cause you moved to west L.A or New York or Santa Fe
Or where or ever to get away from me

Oh but that one night
Was more than just right
I didn’t leave you cause I was all through
Oh I was overwhelmed and frankly scared as hell
Because I really fell for you

Oh I swear to you
I’ll be there for you
This is not a drive by
Just a shy guy looking for a two ply
Hefty bag to hold my love
When you move me everything is groovy
They don’t like it sue me
Mmm the way you do me
Oh I swear to you
I’ll be there for you
This is not a drive by

On the upside of a downward spiral
My love for you went viral
And I loved you every mile you drove away
But now here you are again
So let’s skip the “how you been”
And get down to the “more than friends” at last

Oh but that one night
Is still the highlight
I didn’t need you until I came to
and I was overwhelmed and frankly scared as hell
Because I really fell for you

Oh I swear to you
I’ll be there for you
This is not a drive by
Just a shy guy looking for a two ply
Hefty bag to hold my love
When you move me everything is groovy
They don’t like it sue me
Mmm the way you do me
Oh I swear to you
I’ll be there for you
This is not a drive by

Please believe that when I leave
There’s nothing up my sleeve but love for you
And a little time to get my head together too

On the other side of a street I knew
Stood a girl that looked like you
I guess thats deja vu
But I thought this can’t be true
Cause

Oh I swear to you
I’ll be there for you
This is not a drive by
Just a shy guy looking for a two ply
Hefty bag to hold my love
When you move me everything is groovy
They don’t like it sue me
Mmm the way you do me
Oh I swear to you
I’ll be there for you
This is not a drive by




Nie la rasanya cookies pertama kami beli

Gambar latest Mr ahjussi - 2/12/2012 (first time reveal Mr ahjussi,...heee)
Doakan kami ye, semoga kekal bahagia sampai akhirnya ^_^

Hingga jumpa lagi, hati-hati memandu bagi yang hendak pulang ke rumah.

TA-TI-TU