Monday 31 December 2012

Done Booking

Salam,....

Wah, today is last day in 2012,...huhu. Dah berlalu setahun.

Hurm,....lega sangat sekarang Ms ahjumma rasa sebab bab2 besar utk wedding dah 1/4 done. Urusan booking yg besar2 semua dah buat kelmarin.

Memang dah set dalam mind nie, pergi MEFA dekat SACC Convention Center tue memang nak setelkan bridal, kad, videographer, photographer.

Sebelum pergi MEFA tue, kami adik beradik beserta mak ayah pergi dulu masjid sebab catering yang kami nak ambil ada buat kenduri kat situ so kami dapat la buat food testing dan perbincangan sikit. Kami jumpa owner catering tu, nama nya Pn. Salmi & Pn.Rugayah. Mereka nie adik-beradik. Kami tengok la cara mereka bekerja, persiapan dewan dan sebagainya. Menariknya, lauk untuk goreng, selalunya ayam la kan,...mereka akan goreng kat situ. Layanan mereka sangatlah baik, Pn.Salmi nie kira macam pangkat mak la jugak. Ms ahjumma sebut la pasal Mr ahjussi pernah jumpa dia dulu sebelum nie, tak sangka Pn.Salmi tue ingat. Pn. Salmi cakap " ha, yg lone ranger tue, berani sungguh datang sorang2,...badan kecik je " Ms ahjumma senyum je la, sambil dalam hati cakap " kecik ke, perut besar,...hehehe " Dah tue, kami gerak la, misi mencari tempat nak makan lauk kenduri yang diberi. Ayah berhenti la kat sebuah kedai makan nie, yg Ms ahjumma nie takut, hurm,...boleh ke makan makanan luar kat sini, tapi abg E (abang) relax je la katanya, bukannya kita tak order lansung, takut sangat, tambah nya...huhuhu,...kan dah kena.

Kiranya kami lunch sekali harung la,....bila semua dah kekenyangan maka abg E pecut la pergi Shah Alam. Mak ayah pulak balik ke mahligai kami,...heee. Singgah Uitm solat dan ambil Izzah sekali. Kami sampai dekat SACC tue dalam pukul 2 lebih dah, masuk je dah mula la mata, telinga, mulut, otak berkira-kira,....banyak la pengusaha butik perkahwinan, catering, studio, kek,...macam2 lagi la, yg jual insurance, emas pun ada,...nasib Ms ahjumma bawa ramai assistant so blh la tanya pendapat mereka jugak.

Ms ahjumma jumpa first booth yg buat kad terus booking,....hehehe, Ms ahjumma tertarik dgn free gift yang mereka bagi. So, booth lain yg kad2 nie memang tak singgah dah, tutup semua deria,..hehehe. Kecilkan fokus pencarian kepada 3 perkara lagi,....bridal, jumpa yang mahal, mahal sangat,...bukan standard Ms ahjumma la,...huhuhu, mula2 singgah kat booth 'Jue Eden' dah berkenan sangat dah dengan promotion yang diberi, selangkah je lagi nak confirm,...tapi hold sebab baru singgah 1 booth lagipun Mr ahjussi tak tanya lagi,...so bangunlah Ms ahjumma drp kerusi. Jalan-jalan, banyak sangat la pulak pilihan,...huhuhu.

Yang paling Ms ahjumma teruja, Ms ahjumma jumpa videographer below RM1,000.00 untuk 2 event. Ha, apa lagi,...sangat la bersemangat nak survey dengan penuh teliti,..mana tahu jumpa lagi ke offer yang bagus2,...heee.

Setelah 1 hall kami pusing, Ms ahjumma ambil masa beberapa ketika untuk berfikir dan call Mr ahjussi b4 buat keputusan. Ting tong ting tong ting tong,.....

Finally, benda2 nie dah booking :

1) Catering - Enak Rasa Katering, Wangsa Melawati

2) Bridal - Jue Eden, Kota Damansara

3) Kad - x ingat, sekyen 2 Shah Alam

4) Photographer - Reimi I-image, _____

5) Videographer - x ingat, Wangsa Maju

Alhamdulillah, rasanya ini pemilihan yang terbaik untuk Ms ahjumma untuk masa itu,...heee.

Kritiria pemilihan Ms ajhumma antaranya adalah seperti berikut:

(a) Kos ikut bajet - ye la,...kita bukan orang senang lenang,..huhu

(b) Service - layanan yang baik, mesra dan bertimbang rasa

(c) Lokasi - senang nak pergi dan tahu nak pergi,...sbb Ms ahjumma nie problem sikit bab2 jalan nie,...heee

(d) Kualiti - mesti ikut citarasa Ms ahjumma la,...setanding la dgn harga dan sebagainya

Ms ahjumma lega dah sikit sekarang, tinggal beberapa perkara lagi belum booking dan hal2 wajib tak buat lagi,..kursus kawin pun belum,...heee

Doakan Ms ahjumma ye, dan Ms ahjumma pun doakan B2B yang lain agar dimudahkan urusan especially hal2 nak kawin nie.

TA-TI-TU

Thursday 20 December 2012

Express la jugak,...

Salam,

Selamat lunch uolls,

Entry kali nie nak story pasal ms ahjumma dgn mr ahjussi mulakan pencarian,...

Majlis untuk menyatukan kami telah di percepatkan beberapa bulan awal, so sekarang dok kelam kabut dah buat survey sana sini itu ini,...

Kami nie kira couple yang senang jugak la, sebab cepat buat keputusan daripada beberapa pemilihan yang kami pilih, sebab mr ahjussi nie semua nak buat cepat settel katanya, tak nak pikir banyak-banyak. Ada masa ms ahjumma ikut la jugak rentak mr ahjussi tapi kadang-kadang kene jugak suruh mr ahjussi hold dulu, buat survey la buat perbandingan lagi,...heee

Nasib la kami pergi jugak sekali Festival Perkahwinan, itu pun kene paksa mr ahjussi tue,...sekali tue je la,. pastue sekarang main tengok sikit-sikit terus ok, deal,...haiya

Macam ahad baru 2 3 hari yang lepas nie, kami dah beli kotak untuk doorgift, actually doorgift ada dah la beberapa idea tapi masih ding dong ding dong, tapi masa tue kami pergi Nilai 3 (first time ms ahjumma pegi, excited la ms ahjumma rasa,...hehehe), terus ms ahjumma kene express pikir dan buat keputusan masa tue jugak,...kami masih guna idea yang ada tapi ada perubahan sikit,...hohoho, so sekarang hal doorgift dah setel la kiranya, just nak beli barangnya sahaja ^_^

Esoknya Isnin, kami pergi Jalan Tar dulu, oh yang best nya kami pergi naik tren LRT. Ms ahjumma suka sangat, tak tau pasai apa, pasai first time naik tren dengan mr ahjussi kot,...hehehe. Sampai Jalan Tar, hai, macam biasa la mata ms ahjumma nie liar je memandang,...tengok orang jual tue jual nie, pastue mula la dok berhenti pegang-pegang, dengar orang kedai memujuk, lain pulak dengan mr ahjussi, jalan straight je, focus katanya, sian mr ahjussi kena layan kerenah ms ahjumma nie,...heee. Mr ahjussi nak cari kedai baju melayu yang favorite mr ahjussi, nama kedai tue "Omar Ali", dah jumpa akhirnya,...kami pun masuk la,...cot cet cot cet punya lama, kami keluar dengan kepala masih berfikir-fikir,...kami jalan masuk kedai sebelah pulak tapi masih berfikir-fikir, akhir sekali mr ahjussi ajak pergi Jakel, untuk meneroka kain-kain pasang pulak. Lama juga kami berfikir dekat Jakel tapi akhirnya kami patah balik ke "Omar Ali" sebab ms ahjumma macam paling berkenan kain kat situ, ha,...tapi kan bila sampai balik kat situ, mr ahjussi nak tukar kaler pulak, daripada putih nak cream,...memang yang nie ms ahjumma x kan berlembut la,...ada ke nak pakai baju lain kaler,...memang tak la,...

Pastue, kami jalan kaki sama-sama ^_^ pegi SOGO pulak,...plan nak beli barang lain, lain pulak barang yang dibeli,...hohoho. Tiba-tiba ternampak la purse "lembu" dan hati ms ahjumma tertarik la sangat kat purse tue,...tapi harga yang agak not affordable so mr ahjussi pun pujuk lah ms ahjumma, nati tengok purse brand lain dan mr ahjussi kata nati kita singgah KLCC tengok handbag yang ms ahjumma pernah mintak dulu, ms ahjumma pun terima lah pujukan tue dengan hati yang girang even dalam kepala masih ingat kat purse "lembu", otw ke KLCC pun ms ahjumma pot pet pot pet pasal purse "lembu", mr ahjussi dengar kan saja ^_^

Tak disangka dekat KLCC jumpa purse "lembu" tue,...yea yea,...nak tak nak, mr ahjussi belikan juga la dengan rela tapi kene paksa sikit je,...hehehe, so handbag cancel. Untuk tunjukkan rasa tq ms ahjumma, ms ahjumma nak belanja la mr ahjussi tapi last2 x belanja pun,...heee.

Perkara paling best, jeng jeng,.. mr ahjussi bawa pegi dinner dekat SSII Munni ^_^. Menu ms ahjumma macam biasa mee raja&chicken chop, nyummy!

Tq so much mr ahjussi eh, nati kita pergi cari barang lagi dan cepat2 buat keputusan eh,...

So sekarang, jom tengok checklist barang yang dah setel dibeli :

1. Kain nikah (P)
2. Doorgift box
3. Barang hantaran - 2L & 2P
4. Baju nikah (L) - kain & tempahan

Sekarang tengok pulak timeline ms ahjumma untuk Dec 2012 nie:

1. Confirmkan barang doorgift - otw
2. Attend kursus kahwin - otw, maybe 29&30 Dec 2012
3. Confirmkan make-up, photographer, videographer, butik & catering - otw
4. Beli 1/4 barang hantaran - done
5. Tempah baju nikah - otw
6. Cari baju nikah (L) - done

Wah, banyak nya bulan nie nak kene confirmkan,...mr ahjussi pulak dok jauh, kena la jadi independent gerak sorang-sorang.

Atip fighting!

TA-TI-TU

Friday 7 December 2012

Dinner@TheWaterLily

Salam,...

Morning uolls,...

Selamat hari jumaat uolls,...

Eh, rajin pulak ms ahjumma update blog ye,...hehehe, kali nie nak share pasal makanan jugak,...makanan itu kan satu nikmat,...Weee weee weee

Sementara ms ahjumma x ada cek yang nak kene buat, moh ms ahjumma nak tulis blog jap,...Heee heee heee

Dalam beberapa hari yang lalu, mr ahjussi bawa ms ahjumma dinner. Mr ahjussi cakap tempat makan nie best dan dia suka makanan kat situ. Namanya ialah restoran " the Waterlily ". Masuk je, rasa suasana yang sangat romantik dan cool sangat tapi restoran tue open, so terganggu la sikit dengan bunyi kenderaan dan sebagainya yang ada kat luar restoran tue,...heee. Suansana dalam restoran sangat tenang dengan hiasan lampu malap-malap, music yang slow ala-ala romantik gitu dan dekorasi hiasan dalaman ala-ala Bali,... sesuai sangat la nak bawa pasangan anda sempena anniversary ke birthday ke, bagi yang hendakkan suasana romantik dengan bajet yang sederhana boleh lah datang ke sini. 

saya di Waterlily
Ha, jom tengok menu yang kami order malam tue,...

1. Nasi campur dengan lauk-pauk



Menu nie sangat popular di kalangan pengunjung restoran Waterlily, boleh dikatakan 1/2 meja yang ada orang makan akan ada menu nie. Kuantiti lauk bagi ms ahjumma banyak, boleh share dua orang cuma minta tambah nasi je. Nasi putih@kuning dihidangkan bersama ikan, sotong, udang panggang, rendang ayam ( atau daging ), sate lilit isi ikan, sayur kangkung, kerabu kacang panjang, keropok ikan bilis dan tidak dilupakan pemanas mulut sambal terasi dan matah.

2. Catuk ??? (lupe nama daa,...)



Yang nie ms ahjumma punya order,...nyum nyum,...sedap sangat. Ms ahjumma suka makanan nie. Rasa nak makan je lagi,...nie boleh dikatakan macam ala-ala pecal kita la,...menu nie asas utamanya sayur, basic ada  sayur kangkung, kobis dan kacang panjang, ditambah dengan nasi impit, ayam yang dikukus, telur rebus, tauhu yang digoreng cukup elok, lembut di dalam rangup di luar ( dah la tauhu memang ahjumma suka,...heee), tak lupa jugak keropok ikan bilis, hidangan ini mesti dimakan dengan dengan kuah kacang, oh kuah kacang nya pun sangat la ms ahjumma suka.

3. Cumi-cumi




Nie kiranya boleh dikategorikan hidangan ringan-ringan la,...tp banyak jugak oooo, sampai ms ahjumma bawa balik la, tak abis makan,...hehehe. Ms ahjumma memang suka sangat la sotong goreng tepung nie kan, bila mr ahjussi tanya nak order ke, terus ms ahjumma angguk kepala,...heee. Selain sotong, ada bersama ubi kentang goreng. Hidangan ini didatangkan dengan tartar sos. Nyummy,...terliur la tengok,..rasa nak lagi je,...

Tak lupa juga minuman kan, ada makanan kena lah ada minuman. Ms ahjumma order air lemon honey, mr ahjussi pulak air kosong je.


Lepas dah telan semua nie, sangat la sengkak ms ahjumma rasa, puas hati dengan menu dan layanan di situ. Bila dah makan banyak tue rasa insaf lah pulak,..heee, abis lah naik berat badan, tapi sekali sekala apa salahnya tak,...heee. Sila lah berkunjung ke sana, ms ahjumma sangat recommend lah. ^_^

Oh, lupa bagitau lokasi,..nak pegi camner kan kalau x tahu tempatnya,...nie alamat nya:

The Waterlily Bistro
No.11-G, 11-1 & 11-2
Jalan Mutiara Tropicana 3,
Mutiara Tropicana, PJU 3 PJ.

TA-TI-TU





Monday 3 December 2012

Makanan & Melaka

Salam,....

Wah, ini blog sudah bersawang,....haiya, mana tuan punyer blog yang x berapa rajin nie,...huhuhu.

Anyway, kali nie nak story sikit pasal makanan yg sedap dan yg saya x jumpa lagi la kat kL nie,...

Semalam la, saya pergi Melaka utk makan kenduri ex-classmate Uitm lepas tue jalan-jalan la kejap kat bandaraya yang bersejarah tue kan,....Melaka nie bukan la x pernah pergi, tp kali nie pergi dapat try makanan local so feeling tue best ar, ye ar,...kita nie kan kalau jalan-jalan tempat orang selain nak tengok budaya dan tempat-tempat menarik di situ, makanan juga merupakan 1 pengalaman yang mesti kita dapat dekat tempat orang, barulah  banyak memori dan lebih banyak cerita nak kongsi dgn orang, tak gitu,...eh, apa saya melalut nie,....

Jom saya perkenalkan 3 jenis makanan yang saya cuba dan anda pun perlu cuba bila pergi ke Melaka.

1. Cendol Jam Besar

Tada - ini lah cendol nyer
Ada macam - macam cendol
Ramai orang dok tunggu
Pekerja baju biru tue yg amik order saya,..heee
Saya minum nie cendol mix
2. Durian Roll

Ada dua jenis roll

Ha, siap ade thumbs up lagi

Ini la dier gerai nyer

Panas + lembut + rangup 
3. Yogurt Ice Cream - bentuk telur

Comei je + sedap

Nyum - nyum,...macam nak makan je lagi, especially durian roll tue,....nati jgn lupa eh, cuba la rasa pasti nak lagi ^_^

TA-TI-TU