Monday 31 December 2012

Done Booking

Salam,....

Wah, today is last day in 2012,...huhu. Dah berlalu setahun.

Hurm,....lega sangat sekarang Ms ahjumma rasa sebab bab2 besar utk wedding dah 1/4 done. Urusan booking yg besar2 semua dah buat kelmarin.

Memang dah set dalam mind nie, pergi MEFA dekat SACC Convention Center tue memang nak setelkan bridal, kad, videographer, photographer.

Sebelum pergi MEFA tue, kami adik beradik beserta mak ayah pergi dulu masjid sebab catering yang kami nak ambil ada buat kenduri kat situ so kami dapat la buat food testing dan perbincangan sikit. Kami jumpa owner catering tu, nama nya Pn. Salmi & Pn.Rugayah. Mereka nie adik-beradik. Kami tengok la cara mereka bekerja, persiapan dewan dan sebagainya. Menariknya, lauk untuk goreng, selalunya ayam la kan,...mereka akan goreng kat situ. Layanan mereka sangatlah baik, Pn.Salmi nie kira macam pangkat mak la jugak. Ms ahjumma sebut la pasal Mr ahjussi pernah jumpa dia dulu sebelum nie, tak sangka Pn.Salmi tue ingat. Pn. Salmi cakap " ha, yg lone ranger tue, berani sungguh datang sorang2,...badan kecik je " Ms ahjumma senyum je la, sambil dalam hati cakap " kecik ke, perut besar,...hehehe " Dah tue, kami gerak la, misi mencari tempat nak makan lauk kenduri yang diberi. Ayah berhenti la kat sebuah kedai makan nie, yg Ms ahjumma nie takut, hurm,...boleh ke makan makanan luar kat sini, tapi abg E (abang) relax je la katanya, bukannya kita tak order lansung, takut sangat, tambah nya...huhuhu,...kan dah kena.

Kiranya kami lunch sekali harung la,....bila semua dah kekenyangan maka abg E pecut la pergi Shah Alam. Mak ayah pulak balik ke mahligai kami,...heee. Singgah Uitm solat dan ambil Izzah sekali. Kami sampai dekat SACC tue dalam pukul 2 lebih dah, masuk je dah mula la mata, telinga, mulut, otak berkira-kira,....banyak la pengusaha butik perkahwinan, catering, studio, kek,...macam2 lagi la, yg jual insurance, emas pun ada,...nasib Ms ahjumma bawa ramai assistant so blh la tanya pendapat mereka jugak.

Ms ahjumma jumpa first booth yg buat kad terus booking,....hehehe, Ms ahjumma tertarik dgn free gift yang mereka bagi. So, booth lain yg kad2 nie memang tak singgah dah, tutup semua deria,..hehehe. Kecilkan fokus pencarian kepada 3 perkara lagi,....bridal, jumpa yang mahal, mahal sangat,...bukan standard Ms ahjumma la,...huhuhu, mula2 singgah kat booth 'Jue Eden' dah berkenan sangat dah dengan promotion yang diberi, selangkah je lagi nak confirm,...tapi hold sebab baru singgah 1 booth lagipun Mr ahjussi tak tanya lagi,...so bangunlah Ms ahjumma drp kerusi. Jalan-jalan, banyak sangat la pulak pilihan,...huhuhu.

Yang paling Ms ahjumma teruja, Ms ahjumma jumpa videographer below RM1,000.00 untuk 2 event. Ha, apa lagi,...sangat la bersemangat nak survey dengan penuh teliti,..mana tahu jumpa lagi ke offer yang bagus2,...heee.

Setelah 1 hall kami pusing, Ms ahjumma ambil masa beberapa ketika untuk berfikir dan call Mr ahjussi b4 buat keputusan. Ting tong ting tong ting tong,.....

Finally, benda2 nie dah booking :

1) Catering - Enak Rasa Katering, Wangsa Melawati

2) Bridal - Jue Eden, Kota Damansara

3) Kad - x ingat, sekyen 2 Shah Alam

4) Photographer - Reimi I-image, _____

5) Videographer - x ingat, Wangsa Maju

Alhamdulillah, rasanya ini pemilihan yang terbaik untuk Ms ahjumma untuk masa itu,...heee.

Kritiria pemilihan Ms ajhumma antaranya adalah seperti berikut:

(a) Kos ikut bajet - ye la,...kita bukan orang senang lenang,..huhu

(b) Service - layanan yang baik, mesra dan bertimbang rasa

(c) Lokasi - senang nak pergi dan tahu nak pergi,...sbb Ms ahjumma nie problem sikit bab2 jalan nie,...heee

(d) Kualiti - mesti ikut citarasa Ms ahjumma la,...setanding la dgn harga dan sebagainya

Ms ahjumma lega dah sikit sekarang, tinggal beberapa perkara lagi belum booking dan hal2 wajib tak buat lagi,..kursus kawin pun belum,...heee

Doakan Ms ahjumma ye, dan Ms ahjumma pun doakan B2B yang lain agar dimudahkan urusan especially hal2 nak kawin nie.

TA-TI-TU

No comments:

Post a Comment