Saturday 2 February 2013

Perkara perlu dibuat apabila kereta dilanggar

Salam,...

Salam hari Sabtu,...

Hi hi hi ^_^

Alhamdulillah, kita masih ada di dunia yang sementara Allah bagi sebelum kita jumpa DIA kelak.

Semalam, macam-macam Ms ahjumma dok pikir,...huhuhu. Hati rasa serabut sikit dan tiba-tiba Allah datangkan excident kecil kpd Ms ahjumma. Huhu,...first time excident so tak tahu nak buat ape. Kat sini Ms ahjumma bgtau sikit apa nak buat k bila kereta kita kena langgar oleh kereta lain daripada belakang.

1. Hilangkan blur anda dan rasa terkejut selepas kene langgar.

2. Berhenti di kawasan yang tak mengganggu pengguna jalan yg lain.

3. Dapatkan details orang yang langgar anda. Seperti, nama, no telefon, alamat rumah ke kalau perlu.

4. Dapatkan no plate kereta si pelanggar.

5. Tangkap gambar kereta anda dan si pelanggar. Tangkap banyak-banyak

6. Buat laporan polis. Pergi sama-sama pun boleh atau nak balik rumah dulu makan ke pun ok tapi mesti dalam masa 24jam selepas excident.

7. Hubungi pihak insurance anda untuk tindakan selanjutnya.

8. Nie penting ye: sentiasa komunikasi dengan si pelanggar agar claim anda terhadap nya berjalan lancar dan jagalah perangai anda bila berurusan dengan si pelanggar.

Sekian,...

Sebelum Ms ahjumma blah, Ms ahjumma nak beri peringatan sikit kat kita-kita nie, moral of the story berhati-hatilah memandu ^_^

TA-TI-TU

No comments:

Post a Comment