Tuesday 2 July 2013

ShangSiLu Guangzhou, China

Salam,...

Kelmarin baru Ms ahjumma & Mr ahjussi balik dari Guangzhou setelah berkampung hampir seminggu disana. Nasib abg E ada semalam, boleh la amik kami dengan barang-barang yang sangat banyak dekat LCCT, tue pun separuh dah hantar dengan kapal, InsyaAllah lagi 2 minggu sampai. Masa tue InsyaAllah kita pun dah seminggu puasa ^_^

masa pergi bawak nie je,...heee
Ms ahjumma nak story la pengalaman pengembaraan Ms ahjumma kali nie. Disebabkan sedikit masalah, flight ke Gunagzhou Ms ahjumma dengan Mr ahjussi tak sama. Mr ahjussi pergi pagi isnin jam 0530 am tapi Ms ahjumma pulak jam 0830 pm,...huhu. Dah la Ms ahjumma nie baru 2nd time ke oversea dah tue first time nak naik Air Asia. Ms ahjumma nie bukan boleh, mula la rasa takut, gelabah tapi Alhmadulillah perjalanan pergi Ms ahjumma senang dengan Izin Allah, ayah tolong hantar dan sampai je Baiyun airport Mr ahjussi dah ada tunggu dekat gate arrivals ^_^

Sampai hotel dalam pukul 0100 am, Mr ahjussi tanya puasa makan ape dah? " Makan roti, biskut, waffle dan air yang ayah belikan sebelum sampai KL Sentral petang tadi " jawab Ms ahjumma panjang lebar. " rajin posa pasai apa? " tanya Mr ahjumma bersahaja, " saje, semangat tgk ramai puasa nisfu sya'ban " cepat je Ms ahjumma jawab dengan ceria. Mr ahjussi belikan nasi goreng kambing dan sate kambing untuk Ms ahjumma makan.
ini lah sate kambing dekat area hotel kitaorang

makanan yang kami bawak
Selasa, jam 0630 am Ms ahjumma dah bangaun dengan semangatnya. First day la katakan,...heee. Lepas mandi, solat dan makan light breakfast Mr ahjumma bawa Ms ahjumma jalan-jalan dekat kawasan hotel kami tue. Kawasan kami duduk nie namanya Shangshi Lu.

Awal kami jalan-jalan, dalm jam 8 am lebih, orang tak ramai lagi pun,...dalam kul 9 am baru lah orang mula sesak,...lepas jalan-jalan kami masuk hotel balik sekejap, pastu terus keluar balik sampai nak dekat maghrib baru balik. Kami pergi ke kawasan borong beg (semua jenis beg la), tali pinggang. Wah, mata Ms ahjumma nie tengaok macam-macam benda baru dan mulut nie asik dok sebut wah wah wah je,...Lewat petang kami balik hotel solat dulu pastu pegi makan. Makan kat kedai orang Pakistan, nama Restoran Makkah. Oh, kat sana senang nak jumpa kedai halal samada kedai Pakistan atau Cina muslim. Ms ahjumma heran, kat sana kami makan x la banyak dan selalu tapi minum sangat la banyak. Mr Ahjussi order nasi biryani ayam dengan kebab kambing, total dalam RM40, perghhh mahal la jugak kan. Balik lepas makan, kami solat dan keluar balik pergi Beijing Lu. Kami jalan-jalan kat situ dalam sejam jugak, Ms ahjumma dan Mr ahjussi masing-masing beli sandle sebab kasut kami dah basah sebab hujan siang tadi.

penin tengok belt
Mr ahjussi penin tgk handbag pulak
peace yo

Ms ahjumma dekat tgh pekan

salah 1 kawasan beg kami jalan
kebab kambing
beriyani ayam
Ms ahjumma dekat Beijing Lu
Rabu, hari kedua,...dalam jam 0930 am Ms ahjumma keluar jalan sorang-sorang je, Mr ahjussi tido,...huhuhu. Syok jugak sebab Ms ahjumma jumpa tempat shopping yang best-best utk Ms ahjumma. Sblm balik hotel Ms ahjumma pegi la makan dekat kedai Cina muslim, Ms ahjumma order fried noodle dan dumplings, sedap jugak, kira kene la dengan selera Ms ahjumma. Balik hotel tengok Mr ahjussi masil tido. Nak tak nak lepas zohor Ms ahjumma kejut jugak Mr ahjussi pastu baru kitaorang keluar pegi tempat borong semalam tapi tue la dah lewat dah. Malam tue kami jalan-jalan kat area hotel tue je. Balik bilik Mr ahjussi buat packaging barang, Ms ahjumma pulak nak tolong tapi tetido daaa.

muka pagi hari jalan sorang-sorang
fried mee
dumplings
antara tempat beg
nasi putih
kambing dgn bendi
Oh, nak inform jugak, cukup sebulan kami kahwin dah ^_^

Khamis, pagi tue kami keluar awal, belum pukul 9 lagi,...kedai pun tak bukak lagi,...dah jam 9.45 am macam tue kami teruskan pencarian barang-barang untuk bisnes Mr ahjussi. Kami makan dekat kedai Madina pulak sama macam semalam sebab Mr ahjussi dah suka kedai tue dan menjimatkan sikit duit kitaorang. Hari nie makan macam biasa nasi putih dengan 1 jenis lauk. Lepas makan, jalan-jalan dekat kawasan hotel tue, oh tapi kami akan jalan setiap petang lepas balik daripada beli barang tapi sekejap je tue yang sambung jalan malam,...heee. Malam nie jalan tempat lain sikit sebab jalan kawasan bertentangan dengan hotel pulak.

Ms ahjumma dengan Mr ahjussi
pasar beg
motor style - Mr ahjussi cakap
ayam ape ntah
jalan malam 
Seperti yang dijanjikan, 1 hari dapat pergi jalan-jalan,...yea yea. Maka, kami pagi-pagi dah bagun dan Ms ahjumma bersemangat, lagi pulak Mr ahjussi nak bawak naik tren, kira nya kat Malaysia macam LRT ler. Kami mulakan perjalanan ke Masjid Huaisheng pastu pergi Shamien Island pulak. Dah tengahari Mr ahjussi nak pegi tempat borong gelang, rantai dan cincin so pergi la kitaorg naik tren jugak tapi kene tukar lane. Balik petang tue macam biasa la pergi jalan2 kat area hotel, singgah hotel solat jap dan terus pergi makan.

masjid HuaiSheng
stesen subway
Last day dah, pagi Sabtu Ms ahjumma dah rasa berat hati nak tinggalkan tempat nie tapi dalam masa yang sama tak sabar jugak nak balik Malaysia,...huhu. Lepas bersiap dan makan, Ms ahjumma keluar sorang-sorang dulu sebab Mr ahjussi tido lagi. Pukul 11 lebih Ms ahjumma balik bilik, Mr ahjussi dah tak de. Ms ahjumma tunggu Mr ahjussi dalam bilik je. Tak lama kemudian Mr ahjussi balik, pastue terus kami keluar sebab nak beli beg, balik daripada beli beg, Mr ahjussi kemas barang Ms ahjumma keluar balik. Otw Ms ahjumma nak balik bilik terserempak dengan Mr ahjussi kat jalan so kami jalan-jalan lagi untuk kali akhirnya. Dalam jam 6 pm lebih kami pegi makan kat restoran Al Madina untuk makan malam yang terakhir. Balik bilik rehat jap pastu terus kemas barang dan bersiap ke airport.

last menu - fried chicken & kambing bendi
muke x sabar nak balik rumah
muka menunggu dgn sabar,...heee
nasi lemak
muffin,...perghhh terbaik
Flight balik kami jam 0115 am hari ahad. Alhamdulillah perjalanan pulang kami pun senang. Ms ahjumma lega sebab balik sama dengan Mr ahjussi. Actually, banyak benda nak story tapi x tahu nak story hat mana satu tapi ini pengalaman yang bagus dan bermakna bagi Ms ahjumma. ^_^

Thank U Mr ahjussi.

(P/S: boring la cara penceritaan Ms ahjumma nie,...)




-TA-TI-TU-





No comments:

Post a Comment