Sunday 11 March 2012

As Salam,...

Siang tadi ada la dengar bicara bersama Dr.Muhaya dan selepas tue bersama Ustaz Muhammad lak, rasa menarik dengar kata-kata yang mereka sampaikan, so saya nak share sikit apa yang sempat saya dengar dan ingat,...

=> Kita kene jaga hubungan kita dengan Allah dulu kalau tak macammana kita nak minta tolong daripada-Nya. Dr. Muhaya sebut tentang jaga solat dan jaga aurat khususnya bagi perempuan. Bagi yang sudah berkahwin kesiankan lah suami sebab kalau isteri tak jaga aurat maknanya isteri telah menempah neraka buat suami mereka. Tengok lah balik diri kita ni kot2 terkurang kat mana2 dalam hubungan dengan Allah.

=> Kita jangan mengeluh atau bersedih dengan apa yang terjadi dekat diri kita sebab Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah dah sediakan yang terbaik untuk kita. Biasa lah orang2 kita ni bila jumpa tanya "bila nak kawin?" bila dah kawin tanya "bila nak dapat anak?" bila dah dapat anak boy tanya lagi "bila nak dapat anak girl?"....Jangan tanya benda-benda yang boleh mengecilkan hati orang, kalau kita tak suka orang tanya hal peribadi kita sama lah dengan orang lain, jaga mulut jaga kata-kata pilih lah kata-kata yang paling baik agar orang tidak kecil hati dengan kata-kata kita. Dosa dengan Allah boleh hapus dengan bertaubat tapi dosa dengan manusia tak cukup dengan taubat tapi kena dapatkan kemaafan daripada manusia tersebut,..lagi susahkan. Tambah beliau lagi, selalu nya orang yang suka bertanya soalan yang ntah apa-apa ni mereka orang-orang yang membuka aib dan ketidaksempurnaan diri sendiri.

=> Dalam untuk menegur orang elakkan jika rasa diri tak sukup ilmu sebab akan buat orang yang ditegur sakit hati. Baik kita ubah diri kita jadi lebih baik so orang akan pandang diri kita, lihat apa kita buat maka InsyaAllah orang itu akan berubah juga. Maka apa-apa pun kene tengok diri sendiri dulu. 

=> Jadilah insan yang suka ditegur daripada suka dipuji, kerana kita tak sedar kadang-kadang kesilapan kelemahan diri sendiri tapi orang-orang yang melihat kita lah yang tahu.

=> Ustaz Muhammad pulak bercerita tentang 7 Siti, hehe,...kisah-kisah wanita yang disebut dalam Al-Quran dan Hadis,...cerita yang menarik, saya memang suka dengar cerita pasal wanita-wanita ni,..tapi yang sempat dengar cerita pasal Hawa dan Marshitah je,...huhu,...hopefully la ada ulangan nya nanti.

Saya hanya berkongsi, rasa boleh ambil pengajaran ambil kalau tak boleh saya tak de masalah, perkongsian ini untuk diri saya sendiri dan orang-orang yang inginkan nya, ingin ape eh,..ape2 je la,...oh, kalau ade yg sy ingat kemudian hari saya tampal la kat mana-mana k, sekadar ini sahaja,..^^

Sebelum tue saya minta maaf kalau ada yang tak suka atau terasa dengan ayat2 nie,.. ye ar saya takut la kang ada yang terasa or kecik hati dah berdosa saya,...sebab saya sendiri pun terasa bila dengar siang tadi tapi Dr.Muhaya dah minta maaf dah kat semua pendengar,..bagus kan beliau,..^^

Wassalam,...

TA-TI-TU

No comments:

Post a Comment